KOTA BHARU, 15 Ogos - Kerajaan negeri sentiasa memantau perkembangan semasa
tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) berikutan jerebu melanda Kelantan sejak
Jumaat lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md
Anizam Abdul Rahman berkata, biar pun IPU di negeri ini masih di bawah paras
tidak sihat iaitu kurang 100, namun kerajaan negeri sentiasa mengambil
perhatian serius.
"Kita yakin tahap IPU akan menurun berikutan Lembah Klang dan Kuala Lumpur juga
semakin menurun," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat
Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Kelantan, di sebuah hotel, di sini
semalam.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri sentiasa mendapat kerjasama Jabatan Alam
Sekitar (JAS) yang menyalur maklumat terkini berhubung perkembangan jerebu
sekarang.
Beliau bagaimanapun mengingatkan orang ramai di negeri ini supaya tidak
mengamalkan pembakaran terbuka bagi mengelakkan kesan jerebu semakin bertambah.
"Saya juga menasihatkan kanak-kanak terutamanya bayi, orang-orang tua supaya
tidak terdedah di luar rumah, kalau tidak ada perkara yang penting eloklah
jangan keluar rumah," ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan
Sukan negeri, Rohani Ibrahim berkata, kejadian jerebu jangan dilihat akibat
pembakaran terbuka semata-mata.
Sebaliknya, tambah beliau mungkin sebagai 'bala' dari Allah akibat manusia
sentiasa melakukan kemungkaran kerana pembakaran sering berlaku sebelum ini,
namun tidak mengakibatkan jerebu.
"Kerana itu kita tidak boleh memandang isu jerebu ini akibat pembakaran secara
terbuka sahaja, sebaliknya sebagai amaran dari Allah yang harus difikirkan
bersama," ujarnya.//hrkh
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/