KOTA BHARU, 15 Ogos - Menteri Besar kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz
Nik Mat menerima 'Anugerah Ibnu Sina' yang membawa gelaran pendeta pada majlis
Gesundhelt Labs, di sebuah hotel di sini, Sabtu lalu.
Anugerah berkenaan disampaikan Pengarah Eksekutif Gesundhelt Labs, Prof Dr Amir
Hamzah sebagai mengenang jasa Menteri Besar Kelantan yang menjadi 'idola' semua
lapisan masyarakat di negara ini.
Selain gelaran pendeta, Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menerima trofi di
samping barangan keluaran Gesundhelt.
Terdahulu ketika berucap merasmikan majlis berkenaan, beliau berharap
masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjamin kesihatan yang baik.
"Masalah penyakit tidak akan dapat diselesaikan dengan cara mudah dengan teknik
pengubatan manusia, sekiranya tanpa pertolongan Allah. Selain mengamalkan gaya
hidup sihat, kita juga hendaklah mengamalkan doa-doa serta petua kesihatan yang
diajar sendiri Rasulullah saw," ujarnya.
Beliau juga berkata, sekiranya manusia tidak terdedah penyakit 'jiwa' segala
penyakit-penyakit sampingan lain seperti darah tingi, kencing manis dan
sebagainya dapat dihindarkan.
"Untuk itu kita hendaklah sentiasa berdoa pada Allah termasuk doa penawar untuk
mengelakkan dari penyakit agar tidak mudah terkena pada kita," ujarnya.//hrkh
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/