GUA MUSANG: Bekas anggotapolis tidak seharusnya melupakan tanggungjawab
melaporkan setiap kegiatan jenayah yang berlaku di persekitaran tempat tinggal
mereka kerana perkara itu penting untuk menjaga keselamatan negara.
Justeru, bekas anggota sama ada yang baru bersara atau yang pernah bertugas
semasa darurat perlu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi menentukan
suasana kehidupan yang aman tanpa kejadian jenayah.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Sofian Md Yassin, berkata khidmat
mereka secara sukarela amat diperlukan.
Beliau berkata, walaupun sesetengah mereka uzur selepas bersara dan tinggal
berjauhan dengan Balai Polis, tetapi boleh menyalurkan maklumat mengenai
kejadian jenayah menerusi teknologi maklumat (IT) atau khidmat pesanan ringkas
(SMS).
"Segala-galanya terletak pada keinginan membantu pihak berkuasa membanteras
jenayah disamping meletakkan sasaran hubungan mesra setiap masa.
"Bekas anggota polis mempunyai banyak pengalaman dalam hal itu dan kita harap
jalinan kerjasama diteruskan sepanjang masa," katanya pada majlis penyampaian
sagu hati kepada bekas anggota semasa darurat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis
Gua Musang, di sini, semalam.
Perasmian majlis penyampaian sagu hati sumbangan Kerajaan Pusat sebanyak
RM1,000 seorang itu dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas,
Mohamad Saufi Deraman.
Ahmad Sofian berkata, beliau juga mahu bekas anggota polis menyertai persatuan
bagi memudahkan mereka mendapat pelbagai pembelaan dan boleh menjaga aktiviti
untuk memperkukuhkan ekonomi dalam kehidupan.//Bha 16 Ogos
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/