KOTA BHARU, 16 Ogos: Kerajaan Kelantan akan menganjurkan Konsert Amal Tautan 
Kasih bersama Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani di padang Perdana Kota Bharu 
30 September depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan 
pembangunan Masyarakat negeri, Husam Musa berkata, penyanyi itu telah 
menyatakan persetujuan mengadakan persembahan tersebut di Padang Perdana, Kota 
Bharu.

Beliau berkata, persetujuan itu diperolehi minggu lalu hasil perbincangan 
antara wakil Kerajaan negeri dengan pihak Mawi.
"Mawi juga akan mengadakan persembahan khusus untuk anak-anak yatim pada majlis 
jamuan teh di Hotel Perdana pada sebelah petang, yang akan turut dihadiri oleh 
Raja Perempuan Kelantan," katanya hari ini.

Husam berkata, konsert amal secara terbuka itu antara lain bertujuan mengajak 
generasi muda menghayati cara hidup yang lebih bermakna.

Beliau berkata, keputusan mengundang Mawi untuk mengadakan persembahan dibuat 
sebelum penyanyi itu melangkah ke peringkat akhir AF3 lagi, setelah 
mengambilkira latar belakang Mawi yang kini menjadi ikon golongan belia.

"Pemilihan Mawi dibuat setelah mengambilkira bentuk hiburan yang dibawa itu 
tidak bertentangan dengan dasar hiburan kerajaan negeri," katanya.

Selain Mawi, kata Husam, kerajaan akan juga mengundang ibu bapa serta 
tunangnya, Nor Diana Mohd Naim menghadiri konsert itu.

"Kerajaan negeri akan tanggung segala kemudahan mereka selama berada di 
Kelantan," katanya memberitahu 'bayaran istimewa' disediakan untuk bawa Mawi ke 
Kelantan.

Sejak Pas memerintah Kelantan pada tahun 1990, semua persembahan hiburan 
(nyayian) terbuka yang melibatkan wanita tidak dibenarkan.

Bagaimanapun konsert nasyid terbuka masih dibenarkan selagi tidak melanggarkan 
enakmen hiburan yang ditetapkan kerajaan negeri.

Sementara itu, Penolong pengurus promosi Maestro, Along Bakar berkata pihaknya 
menerima tawaran kerajaan negeri itu minggu lalu melalui Hijjaz Entertainment.

Bagaimanapun pihaknya masih menunggu surat pengesahan daripada kerajaan negeri 
berhubung undangan tersebut.

"Kita bersetuju untuk memenuhi undangan tersebut. Bagaimanapun konsep 
persembahan masih belum dibincangkan," katanya.

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1886



                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke