KOTA BHARU, 16 Ogos : Budaya warisan Melayu dan bangsa-bangsa lain di negara 
ini perlu dipelihara supaya tidak ditelan zaman terutamanya era teknologi 
maklumat sekarang. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, 
Takiyuddin Hassan berkata, muzium merupakan tempat terbaik bagi mempertahankan 
warisan budaya tersebut. 

Malah katanya, muzium juga bukan sekadar menyimpan barang-barang purba, 
sebaliknya ia adalah tempat rujukan ilmu khususnya generasi muda.

“Muzium memainkan peranan bagi memastikan budaya bangsa dipertahankan dengan 
tersimpannya barang-barang purba,” ujarnya ketika merasmikan majlis penyampaian 
hadiah pertandingan seni senjata Melayu sempena pameran keris di Muzium Negeri, 
di sini semalam.
Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu, Haji Abdul Aziz Abdul 
Rahman, Pengarah Muzium Kelantan, Ahmad Robert Abdul Rahim dan anggota lembaga 
pengarah muzium. 

Takiyuddin yang juga Pengerusi Perbadanan Muzium Kelantan berkata, sekiranya 
perpustakaan dijadikan tempat mencari ilmu, sebaliknya muzium tersimpan gedung 
budaya hasil peninggalan generasi terdahulu.

Katanya, generasi sekarang semakin tidak mengenali barang peninggalan nenek 
moyang terdahulu seperti peralatan senjata. “Kerana itu, kerajaan negeri 
mengambil inisiatif ini melalui Muzium Negeri untuk mempamerkan peralatan unik 
tersebut,” ujarnya.

Menurutnya juga setiap bahan sejarah yang dipamerkan tidak hanya untuk tontonan 
semata-mata sebaliknya turut dilengkapi penerangan dari sudut sejarah, seni dan 
fungsinya.

“Sebagai contohnya keris, di samping kita pamerkan keris, kita juga lengkapkan 
sejarahnya, seninya, penggunaannya serta dari mana asalnya,” ujar beliau.

Keris yang dipamerkan termasuk berasal dari Jawa, Bali dan Majapahit. Ia dibuka 
kepada orang ramai bermula 15 Ogos hingga akhir September ini. Sementara itu 
Zakri Mohammad, 43 dari Kampung Salor atau dikenali sebagai ‘Yi Salor’ 
merupakan peserta paling banyak memenangi hadiah dalam pertandingan berkenaan.

Setiap pemenang mendapat hadiah berupa alat penyedup eletrik, kipas meja, dapur 
gas dan periuk nasi. Sebanyak tujuh kategori seni senjata Melayu 
dipertandingkan.

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1888



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke