TUMPAT, 16 Ogos – Mangsa kebakaran di Kampung Kubur Datuk dekat sini, petang 
semalam mendapat perhatian segera kerajaan negeri apabila anggota Exco bergegas 
ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat berita mengenai tragedi itu. 

Anggota Exco kerajaan negeri, Haji Husam Musa bersama Adun Kelaboran, Mohd Zaki 
Ibrahim, Ketua Jajahan Tumpat, Haji Abdul Manan Ali dan Penyelia DUN Pengkalan 
Kubur, Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood melawat tempat kejadian kira-kira jam 9 
malam tadi. 
Seramai lapan mangsa yang terbabit dengan kejadian tersebut menerima sumbangan 
peribadi yang disampaikan anggota Exco terbabit dan wakil rakyat. Anggota 
Parlimen Tumpat, Dato’ Kamaruddin Jaafar turut menyampaikan bantuan awal kepada 
mereka. Bantuan itu disampaikan melalui wakilnya, Mohd Nawi Adam. 
Pada kejadian malang yang berlaku kira-kira jam 5 petang semalam lapan rumah 
penduduk hangus sama sekali dalam satu kebakaran. 
Mohd Zaki berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat menghadapi masalah untuk masuk 
ke tempat kejadian kerana tidak ada jalan yang boleh dilalui jenteranya. 
“Keadaan itu menyebabkan rumah yang terbakar sukar dipadam dalam masa singkat 
kerana tiada jalan masuk yang boleh dilalui kenderaan. Bagaimanapun kita 
berterima kasih kepada semua pihak yang berusaha bertungkus lumus menyelamatkan 
mangsa. Saya juga berharap mangsa bersabar menghadapi ujian yang datang,” 
katanya. 
Husam mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat bancian mengenai 
kerugian yang dialami penduduk ekoran kejadian malang tersebut. 
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob turut melawat ke tempat kejadian pagi 
tadi dan menemui mangsa yang terbabit dengan kebakaran terbabit. 
Sementara itu, dalam perkembangan lain, solat hajat bagi membantah penahanan 
mangsa ISA yang melebihi tahap ditetapkan dan menolak bala jerebu akan diadakan 
di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Kelantan di sini, Jumaat ini. 
Solat hajat tersebut akan diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul 
Aziz Nik Mat dijangka diadakan sebelum kuliah mingguannya iaitu kira-kira jam 9 
pagi. 
Orang ramai dijemput hadir dengan membawa sejadah bagi menunaikan solat 
tersebut. Manakala hari Khamis sebelum itu umat Islam digalak berpuasa 
sunat.//hrkh


                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke