TUMPAT: Sepasang suami isteri penjual nasi lemak dipotong hidung dan telinga 
ketika sedang tidur oleh pencuri yang memecah masuk dan melarikan barang kemas 
milik mereka di Kampung Che Mas, dekat ini, awal pagi semalam.

Wahab Hussin, 55, cedera teruk di hidung, manakala isterinya, Fatimah Mat Ali, 
50, hampir putus cuping telinga kanannya akibat dikelar penjenayah yang 
menyerang mereka.

Kejadian itu disedari jiran mangsa yang melihat Fatimah dalam keadaan 
berlumuran darah ketika keluar menjawab panggilannya untuk membeli nasi lemak, 
kira-kira jam 8 pagi.

Anak saudara mangsa, Zakaria Che Mat, 49, berkata sebaik dimaklumkan jiran itu, 
beliau terus ke rumah ibu dan bapa saudaranya itu dan mendapati kedua-duanya 
terbaring di ruang tamu dan di bilik tidur dalam keadaan berlumuran darah.

“Saya terkejut apabila mendapati bahagian depan hidung bapa saudara terputus 
akibat dikelar, manakala cuping telinga kanan ibu saudara saya juga hampir 
putus.

“Saya terus bergegas ke rumah seorang anggota polis yang tinggal berdekatan 
untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan 
Shafie Ismail, berkata pihaknya menerima maklumat jam 9 pagi sebelum bergegas 
ke tempat kejadian dan mendapati dua mangsa berlumuran darah dipercayai 
diserang penyamun yang bersenjata tajam.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu, mangsa mengalami kerugian kira-kira 
RM2,500 apabila rantai dan gelang emas mangsa dilarikan oleh penyamun terbabit. 

“Kedua-duanya kini dirujuk ke Hospital Kota Bharu, sementara siasatan 
dijalankan dilakukan mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun 
bersenjata,” katanya.//Bha 17 Ogos


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke