Pasangan dikelar masih belum sedar
KOTA BHARU: Polis belum mengambil keterangan daripada pasangan suami isteri 
yang dikelar hidung dan telinga dalam kejadian samun bersenjata di rumah 
mereka, kelmarin berikutan kedua-duanya kini dalam keadaan separuh sedar di 
Hospital Kota Bharu.

Kedua-dua mangsa, Wan Had Hussin, 57 dan isterinya, Fatimah Mat Ali, 49, 
masing-masing cedera parah akibat diserang dengan senjata tajam dalam kejadian 
samun di Kampung Tanjung Mas, dekat Tumpat.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kelantan, Superintendan Shafei Ismail, berkata, 
ketika ditemui sepasukan anggota Cawangan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis 
Daerah (IPD) Tumpat, kedua-dua mangsa memberi keterangan sambil memejam mata 
dengan keadaan separuh sedar.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan mengesan 
mereka yang disyaki terbabit,” katanya di sini semalam. 

Kelmarin, akhbar melaporkan pasangan suami isteri penjual nasi lemak itu 
dipotong hidung dan telinga ketika sedang tidur oleh pencuri yang memecah masuk 
dan melarikan barang kemas milik mereka.

Shafei berkata, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian itu dan orang 
ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi talian 09-7257222. 

Sementara itu, Fatimah ketika ditemui di wad 28, HKB, berkata beliau tidak 
sedar ketika kejadian itu kerana terlalu mengantuk dan hanya menyedari apabila 
kepalanya terasa pening.

“Saya mengucap beberapa kali tanpa menjerit meminta bantuan. Pada masa yang 
sama, saya sedar rantai leher dan gelang saya sudah hilang," katanya.//Bha 18 
Ogos

************************************************
perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
TUMPAT: Sepasang suami isteri penjual nasi lemak dipotong hidung dan telinga 
ketika sedang tidur oleh pencuri yang memecah masuk dan melarikan barang kemas 
milik mereka di Kampung Che Mas, dekat ini, awal pagi semalam.

Wahab Hussin, 55, cedera teruk di hidung, manakala isterinya, Fatimah Mat Ali, 
50, hampir putus cuping telinga kanannya akibat dikelar penjenayah yang 
menyerang mereka.

Kejadian itu disedari jiran mangsa yang melihat Fatimah dalam keadaan 
berlumuran darah ketika keluar menjawab panggilannya untuk membeli nasi lemak, 
kira-kira jam 8 pagi.

Anak saudara mangsa, Zakaria Che Mat, 49, berkata sebaik dimaklumkan jiran itu, 
beliau terus ke rumah ibu dan bapa saudaranya itu dan mendapati kedua-duanya 
terbaring di ruang tamu dan di bilik tidur dalam keadaan berlumuran darah.

“Saya terkejut apabila mendapati bahagian depan hidung bapa saudara terputus 
akibat dikelar, manakala cuping telinga kanan ibu saudara saya juga hampir 
putus.

“Saya terus bergegas ke rumah seorang anggota polis yang tinggal berdekatan 
untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan 
Shafie Ismail, berkata pihaknya menerima maklumat jam 9 pagi sebelum bergegas 
ke tempat kejadian dan mendapati dua mangsa berlumuran darah dipercayai 
diserang penyamun yang bersenjata tajam.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu, mangsa mengalami kerugian kira-kira 
RM2,500 apabila rantai dan gelang emas mangsa dilarikan oleh penyamun terbabit. 

“Kedua-duanya kini dirujuk ke Hospital Kota Bharu, sementara siasatan 
dijalankan dilakukan mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun 
bersenjata,” katanya.//Bha 17 Ogos

                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke