KOTA BHARU, 17 Ogos : Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz 
Nik Mat berharap sambutan kemerdekaan yang diadakan setiap tahun diisi dengan 
aktiviti yang lebih berakhlak dan mementingkan aspek kerohanian. 

Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob, Speaker DUN Kelantan, 
Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Aiseri 
Alias dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri. 

Pelajar-pelajar dari beberapa sekolah di sekitar bandar Kota Bharu termasuk 
Maahad Muhammadi Perempuan menyaksikan program patriotik tersebut antaranya 
perbarisan pancaragam Batalion Ke 5 Rejimen Diraja, menaikkan Jalur Gemilang, 
pemasangan bendera di kenderaan, deklamasi sajak, tiupan serunai ajaib oleh 
Awang Serunai dan pertunjukan silat budak lelaki dua beradik.

Menteri Besar berkata, biar pun penjajah sudah lama meninggalkan negara ini 
namun penjajahan mental, jiwa dan rohani masih lagi berlaku secara tidak 
langsung.

“Ia dapat dilihat apabila budaya kuning, hiburan melampau dan banyak lagi 
aktiviti tidak sihat semakin menular di negara ini, sedangkan penjajah sudah 48 
tahun meninggalkan negara kita.

“Penjajahan minda secara senyap-senyap menyebabkan banyak gejala negetif 
berlaku dalam masyarakat di Malaysia sekarang. Lebih malang lagi apabila ramai 
yang terbabit dengan gejala kurang sihat itu adalah orang Melayu.

“Sedangkan generasi muda yang ada sekarang akan menjadi tiang (tunggak) negara 
pada masa depan,” katanya. 

Beliau berkata, rakyat negara ini dijajah selama 446 tahun yang bermula pada 
1511 hingga 1957 sehingga mereka sukar untuk memisahkan sepenuhnya penjajahan 
mental yang ditinggalkan.

Biar pun Kelantan ditadbir PAS sejak 15 tahun lalu, namun program kemerdekaan 
disambut sama seperti negeri-negeri lain. Perbarisan pada pagi 31 Ogos diadakan 
setiap tahun membabitkan penyertaan jabatan dan agensi kerajaan negeri, 
Persekutuan, swasta serta badan bukan kerajaan.

Hakikat itu diakui Setiausaha Kerajaan Negeri dengan menjelaskan tahun ini 
sebanyak lima program disusun khas bagi sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-48. 
Antaranya pelancaran Bulan Kemerdekaan, solat hajat dan doa selamat, sambutan 
ambang merdeka, perbarisan dan penutup Bulan Kemerdekaan.

Aiseri berkata, sambutan itu diadakan bagi mengingatkan semula jasa dan 
pengorbanan dilakukan pejuang terdahulu sehingga nikmat sebenar kebebasan dapat 
dikecapi sekarang.

“Bagaimanapun ketika kita sibuk merayakan sambutan tersebut, jangan pula lupa 
terhadap kekuasaan Allah Taala yang mengatur segala kehidupan manusia,” ujarnya.

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1899

 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke