TUMPAT: ‘Nenek Besi’. Mungkin itulah gelaran paling sesuai kepada Hasnah Yusuf, 
50, yang mempunyai sembilan anak dan 12 cucu yang masih gigih mencari rezeki 
sesuap nasi melebihi lelaki.Sekilas pandang, tiada siapa menyangka wanita 
bertubuh kecil itu bukan saja menjual ikan di Pasar Siti Khatijah dekat Kota 
Bharu, malah turun sendiri ke laut atau sungai mencari bahan jualannya. 

Ketika wanita sebayanya sibuk melayan cucu atau berehat di rumah dengan 
anak-anak, Hasnah yang buta huruf sejak kecil terpaksa memerah keringat turun 
ke laut atau sungai untuk memukat ikan dan ketam.

Beliau yang sudah ke laut sejak 30 tahun lalu, mengendalikan sendiri bot ketika 
ke pasar dan laut kerana kedudukan rumahnya di Pulau Pantai Baru, Tumpat, hanya 
boleh dihubungkan dengan bot atau sampan.

“Mudah belaka,” katanya apabila ditanya mengenai pekerjaannya sebagai nelayan 
yang mungkin satu-satunya nelayan wanita di Kelantan.

Hasnah yang ditemui baru-baru ini di rumahnya, di Pulau Pantai Baru, di sini, 
berkata kesempitan hidup memaksanya turun ke laut mencari rezeki.

“Saya terpaksa ke laut atau sungai untuk membesarkan anak. Kerja ini saya 
lakukan sejak belum berumahtangga. Kalau saya tidak bekerja menggunakan sepuluh 
jari ini... nak makan apa?.

“Nak kira cakap-cakap orang, kami nanti kebuluran. Saya tidak kisah apa orang 
lain cakap walaupun bagi mereka tidak manis wanita turun sendiri ke laut 
mencari rezeki,” katanya.

Kadang kala, suaminya, Mamat Mat Amin, 57, menemaninya tetapi kebanyakan masa 
beliau ke laut atau sungai bersendirian.

Hasnah keluar menangkap ikan atau ketam tiga kali seminggu mulai petang 
sehingga keesokan harinya sambil membawa nasi dan kopi sebagai bekalan meng 
alas perut.

“Lazimnya, selepas semalaman di sungai atau laut, saya akan pulang ke rumah 
sebelum subuh kerana kira-kira jam 7 pagi, terpaksa pula ke Pasar Siti Khatijah 
untuk menjual hasil tangkapan,” katanya yang memperoleh antara RM20 hingga RM30 
sehari.

Ditanya mengenai anaknya, Hasnah berkata, beliau tidak begitu mengharapkan 
bantuan mereka kerana mereka juga hidup sebagai nelayan dan sudah berkeluarga.

Sementara itu, peniaga ikan di Pasar Siti Khatijah, Kota Bharu, Mohamad Zin 
Ismail, 40, menyifatkan Hasnah sebagai seorang wanita yang melawan arus serta 
cekal dan bersemangat melebihi lelaki.

“Saya mengenalinya lebih 20 tahun, orang lelaki pun tidak mampu buat macam Kak 
Nah, ke laut, berniaga ikan dan ke kebun durian,” katanya.//Bha


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke