Oleh Zulkiflee Bakar (Wartawan Utusan)

Program realiti TV merupakan salah satu rancangan hiburan yang paling banyak 
mendapat kritikan daripada pemimpin dan ahli-ahli Pas kerana ia dianggap satu 
program yang hanya melalaikan golongan belia dan remaja.

Bagaimanapun kehadiran Asmawi Ani atau Mawi dalam program itu seolah-olah 
mengubah pendirian parti tersebut apabila anak peneroka berkenaan yang muncul 
sebagai juara AF musim ketiga dijemput untuk membuat persembahan di Kelantan.

Keputusan kerajaan negeri pimpinan Pas menjemput Mawi bagi menjayakan Konsert 
Amal Tautan Kasih pada 30 September ini jelas membuktikan bahawa AF bukanlah 
program yang mempunyai keburukan semata-mata seperti mana digembar-gemburkan 
oleh sesetengah pihak.

Sebaliknya ia mampu melahirkan artis seperti Mawi yang merupakan seorang bekas 
johan tilawah al-Quran dan mempunyai latar belakang agama yang kukuh serta 
mampu menjadi artis contoh kepada golongan remaja.

Walaupun pendirian kerajaan Pas itu mungkin tidak begitu disenangi oleh 
sesetengah pihak tetapi hakikatnya ia membuktikan ketelusan Pas untuk mengakui 
bahawa perkara yang baik itu baik dan yang buruk itu buruk.

Kerajaan Pas melihat Mawi mampu membantu mereka mendekatkan golongan remaja dan 
belia kepada Islam.

Apa yang menarik, Utusan Malaysia difahamkan, Menteri Besar Datuk Nik Abdul 
Aziz Nik Mat sendiri sudah `jatuh hati' kepada Mawi yang dianggapnya bukan 
daripada kelompok yang suka hanyut tetapi ``dia tahu harga diri dan tahu 
agamanya.'' 

Mawi dilihat oleh Nik Aziz sebagai mempunyai pendirian sendiri, tidak 
terpengaruh dengan artis-artis dari Eropah yang menggambarkan imej duniawi.

Walaupun mungkin ada pihak yang akan mempertikaikan pendirian Nik Aziz tetapi 
dalam masa yang sama mereka juga perlu melihat bahawa populariti Mawi melepasi 
sempadan sebarang fahaman politik.

Justeru Mawi dijemput ke Kelantan untuk mengadakan persembahan bersama-sama 
Kumpulan Hijjaz dalam satu konsert yang bakal diadakan di Padang Perdana, Kota 
Bharu.

Jemputan tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan Pas bukanlah taksub menolak 
hiburan sebaliknya hanya membenarkan hiburan yang bersesuaian dengan Islam.

Sejak memerintah Kelantan pada tahun 1990, Pas amat tegas dalam soal 
persembahan hiburan terbuka ini. Pas mengharamkan persembahan oleh artis wanita 
tetapi tetap menggalakkan konsert nasyid terbuka yang melibatkan artis-artis 
lelaki.

Apatah lagi difahamkan, konsert amal berkenaan bertujuan bagi menghayati cara 
hidup yang lebih bermakna dan dalam keadaan nama Mawi menjadi kegilaan remaja, 
beliau selayaknya berada di atas pentas tersebut untuk sama-sama berdakwah.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke