KOTA BHARU: Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) Pengkalan Chepa, di sini, muncul 
juara pertandingan berbalas pantun antara jabatan kerajaan negeri Kelantan 
sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) 2005 peringkat negeri, baru-baru.

Pasukan itu dinamakan `Pujangga Warisan' diwakili oleh empat pemantun, Ishak 
Ibrahim, Mohamad Ashaari Yusoff, Narita Mohd Noor dan Mustapha Bakar (Simpanan) 
mengalahkan pasukan `Bestari Gemilang' dari Pejabat Pelajaran Negeri (JPN).

Mereka adalah pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu maktab perguruan itu.

Pertandingan berbalas pantun itu anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka dan 
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) diadakan di Dewan Wawasan 
MPKB selama dua hari berakhir.

Dengan kemenangan itu, pemantun dari maktab itu mewakili Kelantan ke 
pertandingan Peringkat Wilayah Timur yang dijadualkan di Kuantan, bulan depan.

Mereka menggondol hadiah wang tunai RM1,000, sijil penyertaan dan hadiah 
iringan.//Bha 18 Ogos


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke