KOTA BHARU: Berpantang maut sebelum ajal! Begitulah nasib anak perempuan 
seorang pegawai polis yang terjatuh dari tingkat tujuh kuarters perumahan Polis 
Diraja Malaysia (PDRM) bandar ini, tetapi cedera parah awal pagi semalam.

Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 7 pagi di Kuarters PDRM dekat Wakaf 
Mek Zainab itu, Wan Azlinda Wan Rohanidun, 19, patah kaki kiri, paha dan 
pinggang selepas terjatuh dari ketinggian 25 meter.

Kemalangan yang menimpa gadis itu disedari bapanya yang juga seorang anggota 
polis trafik di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPPK) ketika hendak keluar bekerja.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Lotfi Khalid, berkata mangsa yang 
juga anak kedua anggota polis itu dikatakan menjenguk ke bawah bangunan 
kuarters apabila dia tergelincir dan terjatuh di atas kawasan berumput di 
perkarangan kuaters itu.

“Menyedari kemalangan menimpa anaknya itu, bapanya segera mendapatkan bantuan 
ambulans untuk membawa mangsa bagi mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital 
Kota Bharu (HKB),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah HKB, Dr Ghazali Mohd Hassan, berkata mangsa kini 
dirujuk kepada pakar ortopedik bagi menjalani pembedahan merawat kecederaan 
yang dialami dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Mangsa mungkin akan menjalani pembedahan hari ini jika diperlukan selepas 
hasil x-ray mendapati dia mengalami patah pinggang menyebabkan kedua-dua 
kakinya tidak selari,” katanya.//Bha 19 Ogos


                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke