KOTA BHARU 18 Ogos - Anggota tentera Lans Koperal Tuan Azman Tuan Ludin, 30, 
yang parah akibat disimbah asid oleh isterinya di Jeli, 30 Julai lalu, telah 
dipindahkan dari Hospital Kota Bharu (HKB) Ke Hospital Universiti Sains 
Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini untuk menjalani proses pemindahan kulit.

Pengarah HUSM, Dr. Zaidon Kamari berkata, anggota tentera itu dipindahkan pada 
pukul 3.30 petang kelmarin dan dijangka dirawat di hospital itu dalam tempoh 
seminggu.

``Tuan Azman sekarang sedang menjalani proses yang dipanggil `skin grafring' 
iaitu pemindahan kulit akibat kecederaan pada badan dan mukanya,'' katanya 
kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian 1 Julai lalu, Tuan Azman yang merupakan Jurulatih Teakwando di 
Kem Pengkalan Chepa di sini, cedera di muka dan badan selepas disimbah asid, 
dipercayai perbuatan isterinya selepas anggota tentera itu menyatakan hasratnya 
untuk berpoligami.

Mangsa berkahwin dengan isterinya, seorang janda beranak sembilan yang berusia 
50 tahun kira-kira 10 tahun lalu dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Dr. Zaidon berkata, keadaan Tuan Azman kini adalah baik dan HUSM sedang 
berusaha untuk menampal bahagian muka dan badannya yang cedera dengan mengambil 
kulit dari bahagian badan lain.

``Sebelum proses penampalan itu dilakukan, luka-luka akibat kecederaan terkena 
asid itu perlu dibersihkan,'' katanya.//UM







__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke