KOTA BAHARU, 17 Ogos - Sempena sambutan bulan kemerdekaan yang bermula hari 
ini, para pelajar di Kelantan dengan bimbingan guru-guru mereka cuba 
menampilkan kelainan dalam sambutan masing-masing.

Bagi 96 pelajar Sekolah Kebangsaan Machang 2 di sini, mereka melakukannnya 
dengan satu kenangan indah menerbangkan 48 buah wau Jalur Gemilang bersempena 
Kempen Kibarkan Jalur Gemilang hari Rabu.

Pelajar Tahun Empat dan Enam sekolah itu menerbangkan wau itu yang diikuti 
sorakan kira-kira 1,000 pelajar dan guru sekolah berkenaan.

Majlis itu adalah idea Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Mohd Yasim Yaacob, 49, 
yang kebetulan merupakan pemain wau kebangsaan yang berkebolehan dalam mereka 
dan menerbangkan wau.

Mohd Yasim berkata hasil bimbingannya, para pelajar terbabit mengambil masa dua 
minggu untuk menyediakan wau berkenaan, yang setiap satu berukuran satu meter 
yang dihiasi dengan Jalur Gemilang. Kos sebanyak RM1,800 untuk membuat wau itu 
adalah sumbangan sekolah.

"Kesukaran membuat, melayangkan wau ke udara dan mengawalnya di udara dapat 
mendidik pelajar menghayati makna kemerdekaan. Wau melambangkan kebebasan, 
suatu perkara yang diperjuangkan oleh generasi dahulu untuk mendapatkan 
kemerdekaan," katanya.

Sementara itu esok, lebih 700 pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1 di 
sini akan membuat pulut semangat Jalur Gemilang sepanjang 7.2 meter dengan 
ketinggian 2.4 meter.

Guru Besar sekolah Mohd Hanafi Majid berkata pulut berkenaan adalah sumbangan 
ibu bapa pelajar dengan setiap orang menyumbang satu kilogram pulut.//Bernama




                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke