PASIR PUTEH, 18 Ogos - Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang 
dijangka menghadiri majlis dialog dengan pemimpin politik dan badan-badan bukan 
kerajaan sempena lawatan kerjanya ke kawasan Parlimen ini, petang esok. 

Pemimpin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Majlis Tindakan Rakyat 
Kelantan (MTRK) juga akan turut serta pada dialog tersebut yang diadakan 
sempena program Hi-Tea, dianjurkan PAS Kawasan Pasir Puteh. 
Penolong Setiausaha PAS Pasir Puteh, Zainal Abidin Hussin berkata, program itu 
bermula jam 5 akan diadakan di perkarangan Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh, 
yang turut dihadiri Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
Katanya, kunjungan itu merupakan lawatan pertama Presiden selepas muktamar PAS 
kali ke-51 yang diadakan di Putik pada awal Jun lalu. “Selain itu 
pemimpin-pemimpin badan bukan kerajaan di negeri ini juga turut sama dijemput. 
Adalah dianggarkan seramai 2,000 jemputan bakal menghadiri majlis itu,” 
ujarnya. 
Beliau juga berkata, Tuan Guru Abdul Hadi juga akan menemui wakil-wakil media 
selepas selesai dialog tersebut. 
Manakala pada sebelah malamnya Presiden PAS bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS 
Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah dan ahli Majlis Tertinggi PKR, Saifuddin 
Nasution Ismail akan menyampaikan ceramah berhubung isu-isu semasa di padang 
Majlis Daerah Pasir Puteh.//hrkh



                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke