KOTA BHARU: Program Usahawan Berdikari bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian 
Persekutuan (Fama) muncul antara projek agensi yang berjaya membantu melahirkan 
usahawan tani di negara 
ini.\n');document.writeln('\n');document.writeln('\n');//-->Menerusi projek 
itu, peserta terpilih diberi kemudahan ruang perniagaan yang dibangunkan Fama 
bagi membolehkan mereka berniaga dengan lebih selesa dan ruang susun atur 
barangan lebih menarik.

Di Kelantan, sembilan penjaja diberi peluang oleh agensi itu dengan gerai 
khusus iaitu di Cabang Empat Salam, Rantau Panjang (lima gerai), Pasir Mas (dua 
gerai), Tanah Merah dan Kota Bharu, masing-masing satu gerai.

Peserta di Chabang Empat Salam, Fauziah Puteh, 51, berkata peluang yang 
diperolehnya sejak empat tahun lalu membantunya menguruskan perniagaan dengan 
betul.

"Sejak mengikut cara pengurusan perniagaan yang disyorkan Fama, perniagaan saya 
semakin maju dengan purata pendapatan lebih RM1,000 sebulan hasil perniagaan 
pelbagai buah dan makanan segar.

"Sebelum itu, saya hanya memperoleh kira-kira RM600 sebulan dengan menjual 
peralatan dapur di pekan Rantau Panjang," katanya selepas majlis menandatangani 
perjanjian Usahawan Berdikari bimbingan Fama, di Pejabat Fama negeri di sini, 
semalam.

Seorang lagi peniaga di lokasi sama, Zakaria Daud, berkata bantuan Fama 
membolehkan dia memajukan gerainya sehingga memperoleh pendapatan sehingga 
RM1,200 sebulan.

"Saya bangga dengan usaha Fama yang membina gerai untuk peniaga membolehkan 
kami menjalankan perniagaan berasaskan barangan hasil pertanian," katanya. 

Ketua Pengarah Fama, Haron Rahim, berkata Fama kini mempunyai kira-kira 200 
rangkaian gerai seperti itu di seluruh negara yang semuanya akan diserahkan 
kepada peniaga di bawah program usahawan berdikari.

Beliau berkata, semua gerai itu dibina bagi membolehkan peniaga memasarkan 
pelbagai barangan hasil pertanian segar dan yang siap diproses.//Bha 19 Ogos


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke