GUA MUSANG: Tindakan pantas seorang pemandu bas ekspres mengarahkan 39 
penumpangnya mengosongkan kenderaan yang dinaiki, menyelamatkan mereka daripada 
sebarang kecederaan ketika bas itu terbakar dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi di kawasan Rancangan Tanah Kesedar Renok Baru B 
dekat sini, bas ekspres Transnasional itu baru berlepas kira-kira 15 minit dari 
Gua Musang menuju ke Kota Bharu.

Pemandu bas terbabit, Saiful Bahri Arifin, 37, berkata sebelum kejadian, beliau 
terdengar bunyi mencurigakan dari bahagian enjin, lalu segera berhenti di tepi 
jalan.

“Sebaik berhenti, saya segera memeriksa enjin sebelum mendapati ia sedang 
terbakar. Menyedari api sukar dipadam, saya bergegas mengarahkan semua 
penumpang mengosongkan bas dan kami sempat menyelamatkan semua muatan yang 
dibawa sebelum api marak. 

“Semua penumpang meneruskan perjalanan ke Kota Bharu dengan menaiki bas gantian 
yang dihantar ke sini. Alhamdulilah, semua penumpang dan barang mereka 
terselamat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Saiful Bahri berkata, beliau yakin bas yang dipandunya tidak mengalami sebarang 
masalah kerana sebelum meninggalkan stesen, kenderaan terbabit sudah diperiksa 
bagi memastikan ia selamat digunakan.

Lima anggota Bomba dan Penyelamat Gua Musang diketuai Pegawai Operasi Yahaya 
Abdullah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 
9.45 pagi.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat, Che Mansor Che Lah, berkata ketika 
pasukannya tiba di tempat kejadian, api sedang marak memusnahkan keseluruhan 
bas terbabit.

Beliau berkata, pasukannya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memadam 
kebakaran itu. 

"Kita belum mendapat taksiran kerugian dan punca sebenar kebakaran itu. Ia 
terserah pihak pengurusan syarikat bas itu untuk melakukan siasatan lanjut," 
katanya.//Bha 22 ogos




                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke