Langkah kerajaan untuk rapatkan jurang pembangunan kawasan bandar dan luar
bandar di beberapa negeri
JELI: Menyediakan prasarana mencukupi menjadi agenda utama dalam usaha
merapatkan jurang kemajuan antara kawasan bandar dan luar bandar menerusi
Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata masalah itu
diberi tumpuan utama kerana ia secara langsung membabitkan kepentingan rakyat.
Beliau berkata, semua cadangan mengenai perkara itu turut dibincangkan dengan
terperinci dan akan dilaksanakan apabila RMK-9 bermula tahun depan.
"Kerajaan yakin perancangan bagi memastikan jurang di antara kawasan bandar dan
luar bandar dalam menikmati kemudahan fizikal yang sempurna dapat dikurangkan.
"Ini menjadi matlamat kerajaan terutama di negeri yang masih ketinggalan
termasuk Kelantan, Sabah dan Sarawak," katanya selepas pelancaran pelebaran
jalan tuju ke Sekolah Kebangsaan Air Lanas, dekat sini, kelmarin.
Projek yang menelan belanja kira-kira RM20,000 dan diluluskan menerusi
peruntukan penyelenggaraan jalan Persekutuan bertujuan mengurangkan masalah
kesesakan pada hari persekolahan.
Mustapa berkata, kerajaan mesti bijak merancang dalam membangunkan kemudahan
prasarana kerana jika tidak selama itu wujud jurang besar antara kawasan bandar
dan luar bandar.
Sehubungan itu, katanya, jika ada dakwaan kerajaan hanya berminat memajukan
kawasan bandar semata-mata ia adalah dakyah yang bertujuan menimbulkan kemajuan
rakyat.
"Dasar pembangunan negara termasuk RMK-9 dirangka sebegitu rupa tanpa mengira
yang tinggal di bandar atau sebaliknya," katanya.
Beliau berkata, tanggungjawab membangunkan kawasan luar bandar memerlukan lebih
pengorbanan kerana bukan hanya menyediakan kemudahan prasarana tetapi pada masa
sama berupaya meningkatkan peningkatan pendapatan isi keluarga.//Bha 22 Ogos
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/