KOTA BHARU: Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan akan menyiasat terlebih 
dulu sebelum mengambil tindakan terhadap lima pelajar sebuah sekolah menengah 
di Tumpat yang menyerang seorang pelajar kelmarin.

Pemangku Pengarah JPN, Datin Nik Khatijah Nik Man, berkata pihaknya tidak boleh 
membuat tindakan sewenang-wenangnya termasuk membuang sekolah pelajar yang 
didapati melakukan jenayah.

Beliau berkata, pihaknya mengarahkan Unit Hal Ehwal Pelajar JPN menjalankan 
siasatan selain ahli jawatankuasa disiplin sekolah yang dipengerusikan pengetua 
sebelum dirujuk kepada jabatan untuk tindakan lanjut.

"Biasanya kita akan panggil pelajar yang terbabit jenayah untuk diberi 
kaunseling kerana kita tidak akan membuang pelajar tanpa bukti daripada hasil 
siasatan yang diterima," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana 
merusuh dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau 
denda atau kedua-duanya sekali.

Akhbar ini semalam melaporkan, seorang pelajar cedera parah selepas dibelasah 
lima seniornya kerana dituduh mencuri seluar salah seorang daripada mereka, 
ketika berada dalam bilik asrama sekolahnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, pelajar tingkatan dua, Sherman Mohd 
Jaafar, 14, cedera parah di tengkuk serta belakang badan dan kini masih 
menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. 

Kejadian disedari bapa mangsa, Mohd Jaafar Hamzah, 37, yang menerima panggilan 
telefon daripada seorang rakannya anaknya kira-kira jam 2.30 petang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Superintendan 
Shafei Ismail, berkata polis masih belum membuat tangkapan terhadap kelima-lima 
pelajar itu untuk mengambil keterangan mengenai kejadian itu.//Bha 22 Ogos


                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke