KOTA BHARU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) 
Kelantan berjaya menangkap seekor daripada satu kumpulan lima ekor gajah yang 
dipercayai merosakkan tanaman di sekitar kawasan Jeli.

Dalam operasi jam 11 pagi itu, gajah berusia lingkungan 15 tahun itu berjaya 
ditembak dengan ubat pelali selepas usaha mengekorinya dilakukan sepasukan 
kakitangan Perhilitan Kelantan dan Unit Tangkapan Gajah Pahang, sejak dua hari 
lalu.

Timbalan Pengarah Perhilitan negeri, Wan Azali Wan Alwi, berkata gajah seberat 
dua tan itu ditangkap di kawasan Sungai Rual, Jeli dan dijangka dihantar ke 
Tasik Kenyir, Terengganu atau Tasik Banding, Perak.

"Bagaimanapun, kita belum membuat keputusan tempat yang sesuai gajah ini bakal 
ditempatkan. 

"Usaha mengesan kumpulan gajah ini akan terus dijalankan sehingga semua 
kumpulan haiwan yang dipercayai merosakkan tanaman dan rumah penduduk di 
sekitar Jeli itu ditangkap," katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin 

Wan Azali turut menasihatkan penduduk supaya tidak mengambil tindakan sendiri 
untuk memburu gajah itu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.//Bha 22 
Ogos


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke