KOTA BHARU: Semangat untuk mengekalkan dan mempromosikan pengangkutan
tradisional mendorong 150 pengurus dan ejen pemasaran Singer (Malaysia) Sdn Bhd
menganjurkan Konvoi Kemerdekaan seluruh negara menggunakan beca dan motosikal
Vespa.
Pengurus Wilayah (Kelantan) Singer, Shariffudin Mokhtar, berkata bandar ini
dipilih sebagai lokasi pertama kerana keunikannya berikutan pengangkutan
tradisional masih digunakan seperti beca dan motosikal Vespa.
"Konvoi ini diadakan sempena sambutan kemerdekaan ke-48 tahun dan ulang tahun
Singer ke -100.
"Melalui perjalanan sejauh 3.5 kilometer dari Wakaf Che Yeh ke Stadium Sultan
Muhammad 1V, orang ramai berpeluang melihat dengan lebih dekat perarakan ini di
kiri dan kanan jalan," katanya di sini, kelmarin.
Sharifuddin berkata, walaupun beca dan motosikal Vespa adalah pengangkutan
lama, ia turut mengembalikan nostalgia kepada syarikat ini kerana pihaknya
turut menggunakan peralatan lama seperti mesin jahit.
"Teknologi semakin canggih, daripada mesin jahit manual yang dikeluarkan
syarikat ini, kita turut mengeluarkan mesin jahit berkomputer," katanya.//Bha
22 Ogos
---------------------------------
Yahoo! Mail for Mobile
Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/