KOTA BAHARU, 22 Ogos - Polis Kelantan telah mengedarkan gambar lelaki yang 
meloloskan diri daripada tahanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang 
Jumaat lalu kepada semua balai polis di negeri ini dan di sekatan- sekatan 
jalan raya dalam usaha mengesan semula lelaki itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Supt Shafie Ismail berkata Ibu 
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan juga bekerjasama dengan rakan mereka di 
Terengganu dan Perak bagi menjejaki Wan Amida Wan Derus, 33.

Lelaki berasal dari Kampung Telaga Ara, Gunong, Bachok itu dipercayai terlibat 
dalam kes rompakan berjumlah kira-kira RM1.5 juta di rumah ahli perniagaan 
Datuk Yaakub Muhammad pada 23 Jun lalu.

"Polis turut menjalankan operasi mengesan beberapa lelaki lain yang turut 
disyaki terlibat dalam kes berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Shafie berkata lelaki itu yang mempunyai rekod jenayah lain termasuk kes samun 
bersenjata didapati tidak pulang ke rumahnya di Bachok selepas melarikan diri 
daripada tahanan polis.

Menurut Shafie, polis percaya lelaki itu masih berada di negeri ini.//Bernama



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke