PENGKALAN CHEPA, 22 Ogos - Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik 
Mat berharap masyarakat bermuafakat dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) 
bagi melahirkan suasana kehidupan yang lebih ceria. 

“Islam sendiri mengajar kita supaya sentiasa mengadakan muafakat bersama dalam 
melakukan apa-apa sahaja kerja atau aktiviti. Untuk itu, amat wajar ajaran 
Islam itu ditekankan dalam apa juga program termasuk gotong royong menjaga 
kebersihan, keselamatan, bersukan dan kenduri-kendara,” ujarnya. 
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Muafakat MPKB Bersama 
Rakyat Parlimen Pengkalan Chepa, di Taman Perumahan Kemumin Fasa 1 di sini 
kelmarin. Hadir sama Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, Yang Dipertua MPKB, Haji 
Abdul Aziz Abdul Rahman dan isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan 
Ishak. Lebih 3,000 penduduk hadir pada program tersebut. 
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, muafakat dalam menjaga kebersihan dan 
keselamatan kampung hendaklah diberi perhatian utama bagi melahirkan suasana 
harmonis dan ceria. 
Bercakap kepada pemberita beliau turut menasihatkan isteri supaya membenarkan 
suami yang berkemampuan berpoligami bagi mengelak lebih ramai wanita menjadi 
anak dara tua. 
Menurutnya, masalah golongan wanita yang lambat berkahwin hendaklah difikirkan 
bersama supaya mereka turut mengecapi kebahagiaan sebagaimana orang lain. 
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan 
Masyarakat, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengingatkan golongan isteri 
jangan bertindak ganas sehingga sanggup menyimbah asid atau melakukan perbuatan 
jenayah ke atas suami mereka yang mahu kahwin lagi. 
“Cuba kita fikirkan bagaimana keadaan perempuan yang menjadi anak dara tua 
sampai mati kerana tidak berpeluang mendapat suami, sedangkan ada orang yang 
hendak kepada dia, tetapi dihalang,” ujar Menteri Besar. 
Beliau juga bersetuju dengan pendapat Shahrizat supaya isteri tidak terlalu 
emosi sehingga bertindak ganas terhadap suami yang melahirkan hasrat untuk 
berkahwin lagi. 
Sempena majlis muafakat pelbagai acara menarik diadakan termasuk jamuan gulai 
kawah, persembahan dikir barat, pertandingan tarik tali dan panjat tiang licin. 
Selain itu, orang ramai juga berpeluang mendapat khidmat pemeriksaan kesihatan 
secara percuma.//hrkh


                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke