KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak berusia satu tahun lapan bulan yang kempunan 
buah salak terbunuh digilis van ikan di Kampung Melor, dekat sini, kira-kira 
jam 9 pagi semalam.

Nurul Atikah Shafiqah Zakaria meninggal dunia selepas digilis dua kali tayar 
depan van yang menjual ikan dan barang keperluan harian itu. Ketika itu mangsa 
dipercayai cuba mendekati lori berkenaan untuk mencari buah salak.

Sepupu mangsa, Tuan Khairul Anuar Tuan Yusof, 23, berkata, pagi kelmarin Nurul 
Atikah anak keempat daripada lima beradik menangis kerana hendak makan salak 
tetapi emak saudara saya tidak membeli kerana buah itu tidak dijual.

“Mungkin disebabkan itu, Nurul bertindak mencari sendiri buah salak daripada 
penjual ikan itu kerana biasanya kanak-kanak lain turut sibuk apabila penjual 
ikan berkenaan memasuki pekarangan rumah nenek kami, Zainab Mohammad, 60-an,” 
katanya.

Sebelum itu, katanya, Nurul bermain dengan seorang lagi sepupunya, Mohd Sufian 
Mohd Yati, 11, di depan van itu.

"Bagaimanapun, sebaik saya masuk ke dalam rumah, tiba-tiba saya mendengar nenek 
meraung dan menangis sambil berkata: “mati dah cucu aku...” berkali-kali.

"Saya keluar untuk memastikan apa yang berlaku dan saya lihat Nurul dalam 
keadaan tertiarap dan berlumuran darah. Kami semua panik apabila melihat Nurul 
tidak lagi bergerak sebelum dikejarkan ke Klinik Gunung, Bachok oleh bapa 
saudara kami.

"Bagaimanapun, dia dibawa ke Hospital Kota Bharu (HKB), di sini dan disahkan 
meninggal dunia kerana kecederaan parah di muka, kepala dan badannya," katanya 
ketika ditemui di rumahnya di Kampung Melor, di sini, semalam.

Tuan Khairul berkata, pemandu van itu mungkin tidak menyedari Nurul berada di 
depan kenderaannya sebaik selesai menjual ikan kerana ketika itu ibu mangsa, 
Zarina Yusuf, 33, sedang memasak di dalam rumah.

Jenazah Nurul dibawa ke rumahnya di Kampung Kubang Golok, dekat Bachok untuk 
dikebumikan di Kampung Kubur Sungai kira-kira jam 5 petang semalam.

Ayah mangsa, Zakaria Yusof, 32, seorang pemandu lori ketika ditemui berkata, 
beliau tidak tahu mengenai kejadian itu kerana keluar bekerja.

"Saya diberitahu isteri, Nurul terlanggar van penjual ikan yang juga saudara 
mara sebelah keluarga isteri yang dikatakan baru menjalankan perniagaan sebulan 
lalu," katanya.

Sementara itu, polis di sini ketika dihubungi mengesahkan laporan mengenai 
kejadian itu.

Katanya, polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu berusia 31 tahun itu 
untuk siasatan lanjut dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta 
Pengangkutan Jalan.//Bha 23 Ogos


                
---------------------------------
Yahoo! Mail for Mobile
 Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke