KOTA BHARU: Sekumpulan lelaki yang merancang untuk melakukan penipuan 
menggunakan kaedah jualan langsung ditahan ketika sibuk membuat promosi di 
sebuah rumah di Taman Mimi dekat Wakaf Bharu, Tumpat, kira-kira jam 9 malam, 
kelmarin. 

Mereka menggunakan kaedah gores dan menang sebagai taktik dengan menawarkan 
hadiah lumayan termasuk kereta, alat pendingin hawa dan peralatan mengurut yang 
mencecah harga ribuan ringgit.

Kumpulan itu juga dipercayai memaksa orang ramai yang menyertai acara gores dan 
menang anjuran mereka supaya mebuat pembayaran tunai barangan yang dimenangi 
seperti yang tercatat pada kad.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal 
Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Wan Shuhaimi Wan Ibrahim, berkata pihaknya 
menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kejadian itu dan menghantar 
sepasukan anggotanya ke rumah terbabit.

Beliau berkata, dalam kejadian itu seorang suri rumah berusia 35 tahun membuat 
aduan kepada KPDNHEP mengenai kegiatan kumpulan itu yang didapati cuba 
menipunya dengan memaksa membayar RM2,000 bagi dua jenis barangan yang 
dimenanginya dalam peraduan gores dan menang.

Katanya, ketika serbuan pihak KPDNHEP merampas beberapa peralatan elektrik 
serta kenderaan kumpulan berkenaan membabitkan jumlah sebanyak RM39,000.

“Dalam serbuan itu juga kami merampas 101 keping kad cabutan bertuah, 44 kad 
gores dan menang `Megaforms’, 90 keping kad `Fantastic’ serta buku rekod jualan.

“Barangan lain termasuk penapis air, alat mengurut kaki dan dapur elektrik,” 
katanya.

Mereka yang ditahan boleh didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Jualan Langsung 1993 
kerana menjual barangan tanpa kontak jualan serta dibawah Seksyen 25(4) kerana 
mengambil bayaran dalam tempoh bertenang iaitu mengambil wang bayaran tanpa 
diserahkan barangan. //HM 23 Ogos

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke