Dipetik dari laman mykelate.net
 
Negeri yang sekarang bernama "Kelantan" dahulunya dikenali dengan 
berbagai-bagai nama. Sejarahnya amat lama dan tua. Ia lebih tua daripada 
negeri-negeri Melayu pantai barat seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, 
malah ia mungkin lebih tua daripada Kedah dan Patani.

Pada zaman ribuan tahun yang lalu, negeri Kelantan dikatakan bernama "Medang 
Kamulan". Kemudian tidak lama sebelum abad pertama ia bernama "Medang Gana", 
dan nama ini berlanjutan hingga abad ke-5 sebelum ia berubah kepada "Kalatana" 
atau "Tanah Kala". Catatan China menyebut nama ini sebagai "Ho-la-tan" atau 
"Ko'ulo-tan". Nama ini dipakai sehingga separuh bahagian kedua abad ke-6.

Pada akhir abad ke-6 Masehi, nama negeri Kelantan bertukar kepada 
"Raktamrittika" yang bererti Negeri Tanah Merah. Nama ini diberi oleh Raja 
Kelantan yang bernama Gautama selepas ia melancarkan pemberontakan terhadap 
Fu-nan (Kemboja), lalu mendirikan ibu kotanya di daerah padalaman Kelantan yang 
strategik dan kaya dengan emas. Ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa 
Raktamrittika ini adalah sama dengan "Chi'ih-tu" yang disebut oleh Wei Cheng 
(581-643) dalam Shi-Shu. Dinyatakan dalam catatan China ini bahawa Chi'h-tu 
terletak di selatan Langkasuka (lebih kurang Patani sekarang). Ada digambarkan 
dalam catatan dan jaraknya antaranya dengan Champa ialah sejauh sepuluh hari 
perjalanan. Tidak syak lagi bahawa lokasi seperti ini ialah negeri Kelantan 
sekarang. 

Dalam abad ke-7 Masehi sebuah nama baharu, "Sri Wijaya Mala" muncul 
menggantikan Raktamrittika. Dalam tahun 677 Masehi, maharajanya, Sri Jayanaga, 
berjaya menakluk seluruh Semenanjung lalu mengisytiharkan nama "Sri Wijaya" 
bagi negara yang dibangunkannya. Negara ini kemudian meluas sampai keluar 
Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Melayu di Sumatera pada kira-kira abad ke-7. 
Di sini baginda membangunkan sebuah ibu kota yang baru di sekitar Palembang 
sekarang. Negeri Kelantan (Sri Wiajaya) diserahkan kepada puteranya, Sri 
Maharaja Dripantara, manakala Palembang (Sri Wijaya II) diberi kepada puteranya 
Sri Maharaja DiRaja. Kedua-dua kerajaan ini kemudiannya disatukan oleh Sanjana, 
cucu baginda dalam sebuah empayar yang disebut oleh orang China San-Fo-Tse 
(Tanah Seri Indah Sekebun Bunga). Peristiwa ini terjadi dalam abad ke-8 Masehi.

-dipetik dari teks asal buku "Ikhtisar Sejarah Kelantan" oleh Abdul Razak 
Mahmud (Ustaz Mat), Bab 2, muka surat 7 & 8, Cetakan Pertama, Mac 2002, dicetak 
dan diterbitkan oleh Pustaka Aman Press, Kota Bharu Kelantan. 

Komen penulis di bahagian 'blurb' buku: 

[I]"Sudah bukan rahsia lagi kalau Negeri Kelantan Darulnaim dikenal sebagai 
sebuah negeri yang sangat berlainan daripada negeri-negeri Melayu lain di 
Semenanjung Malaysia. Kelainan ini bukan sahaja tampak pada warna Melayu dan 
Islamnya yang kental, pada permainan politiknya yang culas dan cenderung 
berani, pada warisan seni dan budayanya yang kaya dan pelbagai, pada dialek 
bahasanya yang ganjil, atau pada watak Kelantanesenya yang keras dan tegar, 
akan tetapi juga dapat dirujuk dan ditelusuri lewat sejarahnya yang panjang dan 
lama. Malah tidak salah kalau dikatakan bahawa "faktor sejarah" ini juga turut 
berperan membentuk watak dan jatidiri Kelantan sehingga menjadikannya sangat 
berlainan dan berbeza daripada saudara-saudara Melayunya yang lain.

Juga bukan rahsia lagi kalau dikatakan bahawa sejarah lampau Kelantan lebih 
banyak terkait dengan negeri-negeri di luar Malaysia seperti Patani atau 
Champa, ketimbang dengan neger-negeri di Semenanjung sendiri. Kerana 
kelainannya yang seperti ini, maka jangan hairanlah apabila negeri Kelantan 
sentiasa dapat menggamit perhatian para pelancong, atau malah para ilmuan dari 
berbagai pojok dunia, untuk datang bertemasya atau membuat kaji selidik di 
negerinya yang terpencil, dan dikucilkan, tetapi indah ini..."[/I]

http://mykelate.net/v1/index.php?showtopic=768&st=0






__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke