KOTA BAHARU, 23 Ogos -- Konvoi Jalur Gemilang Big Ride 2005, konvoi motosikal kuasa tinggi jelajah Malaysia sempena bulan kemerdekaan yang diketuai Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Ahmad Zahid Hamidi berlepas ke Perlis Selasa.
Pelepasan dibuat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Yusof Noh di hadapan Istana Balai Besar di sini pukul 8.25 pagi. Konvoi 148 buah motosikal berkuasa tinggi itu yang tiba di sini pukul 3 petang semalam disambut oleh Exco kerajaan negeri Zulkifli Mamat pada majlis khas yang diadakan di Gelanggang Seni. Ahmad Zahid berkata sepanjang perjalanan 2,700 kilometer itu, beliau dan rombongan sentiasa sihat dan dapat meneruskan perjalanan dengan selamat. "Alhamdulillah, setakat ini tidak ada apa-apa aral dan semua peserta sehingga kini tidak menghadapi sebarang masalah meneruskan perjalanan dengan motosikal sehinggalah ke Kota Baharu," katanya. Rombongan itu dijangka tiba di Kangar petang ini sebelum bertolak ke Alor Star esok dan kemudian ke Pulau Pinang, Perak dan Shah Alam pada 27 Ogos ini.//Bernama __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
