KOTA BHARU: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memilih tiga sekolah
rendah dalam kawasan Parlimen Ketereh untuk mengikuti program Kem Kepimpinan
Muda (Kemuda) ditaja IIUM Properties di bawah UIAM.
Program itu pertama kali diadakan UIAM di negeri ini anjuran bersama Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) Kota Bharu dan Pusat Khidmat Datuk Annuar Musa (Khadam)
membabitkan murid Tahun Lima.
Penyelaras program Kemuda, Zabidi Nasan, berkata seramai 150 murid dari Sekolah
Rendah (SK) Ketereh, SK Buloh Poh dan SK Beta Hulu akan terbabit mengikuti kem
berkenaan yang diadakan tiga hari bermula Khamis ini di Persiaran Kada Melor,
dekat sini.
Beliau berkata, menerusi program itu juga 40 pelajar UIAM turut terbabit
memberi latihan motivasi dan kepemimpinan kepada murid berkenaan.
Katanya, pelancaran Kemuda akan berlangsung di SK Ketereh yang dijangka
dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang juga Penaung Kemuda,
Sabtu ini.
Tokoh lain dijangka berucap pada pelancaran Kemuda membabitkan kehadiran lebih
500 ibu bapa ialah Pengerusi IIUM Properties, Datuk Dr Nik Nozrul Thani Nik
Hassan Thani yang juga Penasihat Bersama program Kemuda dan Timbalan Dekan
Pusat Matrikulasi UIAM, Khir Ngadiron.
Usaha UIAM ini juga sebagai sebahagian melaksanakan tanggungjawab sosial
universiti ini yang berkait rapat dengan pembangunan pendidikan dan minda
murid, katanya.
Zabidi yang juga Penolong Pengarah Jabatan Latihan dan Kepimpinan Pusat
Matrikulasi UIAM, berkata menerusi program ini diharap memberi impak positif
terhadap sikap dan daya kepemimpinan murid terbabit.
Murid yang terpilih menyertai program ini adalah di kalangan yang berpotensi
berjaya dalam pelajaran.
Kita berharap mereka dapat menggunakan pengalaman pembelajaran sepanjang
mengikuti Kemuda apabila menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun
depan, katanya.//Bha 24 Ogos
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/