KOTA BHARU: Kementerian Pelancongan akan mengkaji kemungkinan tidak membaharui
atau menarik balik lesen bas pesiaran yang tidak memasang Jalur Gemilang
sepanjang kempen sambutan Bulan Kemerdekaan bermula 17 Ogos hingga 16 September
ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata cadangan itu sebagai
peringatan terhadap mereka yang ingkar arahan dan saranan kerajaan supaya semua
pihak menghayati semangat kemerdekaan dengan mengibar Jalur Gemilang.
Beliau berkata, pihaknya boleh bertindak demikian terhadap bas persiaran yang
terletak di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.
Katanya, mereka yang gagal mengibar Jalur Gemilang termasuk memasang pada
kenderaan membabitkan bas pesiaran menunjukkan sikap tidak patriotik dan
menghargai nilai kemerdekaan negara.
"Sepanjang perjalanan saya dengan motosikal secara konvoi dari Johor ke Kota
Bharu, didapati banyak kenderaan awam, termasuk bas pesiaran tidak mengibar
Jalung Gemilang.
"Saya kesal sikap pengusaha bas ini (pesiaran) tidak mengendahkan saranan
kerajaan supaya semua pihak menjayakan kempen Bulan Kemerdekaan dan mengibarkan
bendera kebangsaan Jalur Gemilang ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Berita Harian selepas menyampaikan Jalur
Gemilang kepada wakil kaum, industri pelancongan dan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) sempena pelancaran Jalur Gemilang 2005 pada majlis jamuan makan malam di
Hotel Perdana di sini, malam kelmarin.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias dan Pengurus Besar
Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan (MTPNK), Sulaiman Ismail.
Terdahulu ketika berucap, Ahmad Zahid berkata, beliau kesal kerana ramai
pemilik kenderaan lebih suka membeli rokok berharga lebih RM5 sekotak
berbanding membeli Jalur Gemilang yang hanya sekitar RM3 saja.
Bagaimanapun, beliau berbangga sikap kerajaan Pas Kelantan turut menjayakan
Kempen Bulan Kemerdekaan.
"Saya harap kerjasama seperti ini terus dikekalkan agar lebih banyak program
terutama membabitkan sektor pelancongan dapat dilaksanakan di negeri ini,"
katanya.//Bha 24 Ogos
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/