KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHP) Kelantan mengesan ada syarikat jualan langsung menggunakan janji yang tidak munasabah dan memaksa pengguna membeli produk mereka menerusi penyertaan cabutan bertuah.
Terbaru, empat lelaki yang juga kakitangan sebuah syarikat jualan langsung yang berpangkalan di Puchong, Selangor, ditahan ketika cuba memaksa seorang guru membeli peralatan elektrik selepas guru itu memenangi cabutan `gores dan menang' syarikat itu. Pengarah KPDNHEP Kelantan, Wan Suhaimi Wan Ibrahim, berkata dalam kejadian jam 9 malam itu, empat lelaki itu ke rumah guru berkenaan di Taman Mimi, Wakaf Baru, Tumpat dan memujuk beliau menyertai peraduan `gores dan menang'. "Apabila kad `gores dan menang' dibuka, empat lelaki itu memaksa mangsa membeli peralatan elektrik yang dibawa dalam sebuah van. "Selepas maklumat diperolehi dan intipan dilakukan, sepasukan anggota penguat kuasa menyerbu rumah itu dan menyoal siasat empat lelaki berusia 20 an itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini, kelmarin. Wan Suhaimi berkata, berikutan itu pihaknya merampas pelbagai barangan bernilai RM39,000 termasuk alat penapis air, alat penghawa dingin, mesin urut elektrik dan 100 keping kad cabutan bertuah serta sebuah van. "Kita mendapati syarikat ini menyalahgunakan lesen jualan langsung dengan memaksa pengguna membeli barang mereka dengan harga yang berlipat ganda daripada pasaran. "Mereka memaksa pengguna membeli barang dengan alasan mangsa sudah menggores kad `gores dan menang' syarikat itu, selain membuat jualan tanpa kontrak jual beli," katanya. Katanya, perkara ini akan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Jualan Langsung 1993 kerana membuat jualan langsung tanpa kontrak jualan dan Seksyen 25(4) akta sama kerana mengambil wang bayaran dalam tempoh bertenang. Jika sabit kesalahan, syarikat itu boleh dikenakan denda sehingga RM100,000. Wan Suhaimi menasihatkan orang ramai terutama suri rumah supaya tidak mudah terpedaya dengan peraduan seperti itu. "Kita mahu orang ramai membuat aduan kepada kementerian jika mendapati ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap mereka menerusi jualan langsung dengan niat menipu pengguna," katanya.//Bha 24 Ogos __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
