KOTA BHARU: Seorang lelaki dipercayai menyelitkan senjata api di pinggangnya
sambil berpura-pura membeli makanan sebelum melarikan beg tangan mengandungi
barang kemas dan wang tunai RM1,500 milik seorang peniaga di Pasar Jelawat,
Bachok, kelmarin.
Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 43 tahun meletakkan beg tangannya dalam
almari apabila datang ke kedainya, kira-kira jam 6 pagi.
Bagaimanapun, kira-kira setengah jam kemudian seorang lelaki tidak dikenali
muncul di kedai itu dan menghampiri mangsa yang bersendirian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Razalli Mohd
Yusof, berkata mangsa tergamam apabila melihat sesuatu di pinggang lelaki itu
dipercayai senjata api.
Menurutnya, mangsa yang ketakutan kemudian meluru masuk ke kedainya dan pada
masa sama lelaki itu mengekorinya sebelum mengambil beg tangan dalam almari.
Ketika itu mangsa cuba mengejarnya tetapi lelaki terbabit yang menunggang
motosikal berjaya lolos.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Bachok, katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.
Katanya, kes itu diklafikasikan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana
samun bersenjata.
Beliau berkata, sebaik menerima maklumat gerakan mengesan lelaki itu bagi
membantu siasatan. //HM 24 Ogos
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/