KOTA BAHARU, 25 Ogos  -- Penyanyi sensasi semasa, Mawi, diundang oleh kerajaan 
Kelantan untuk membuat persembahan pada sambutan pengisytiharan Kota Baharu 
Bandar Raya Islam di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini 1 Okt ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Takiyuddin 
Hassan memberitahu pemberita bahawa selain Mawi, yang menjuarai Akademi Fantasi 
ke-3 baru-baru ini, kumpulan Hijjaz dan beberapa artis lain, akan turut 
memeriahkan acara itu.

Beliau berkata langkah kerajaan negeri menjemput Mawi mengadakan persembahan 
tidak bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 1998.

Katanya kerajaan negeri tidak mengharamkan persembahan nyanyian sama ada oleh 
artis lelaki atau perempuan tetapi menetapkan peraturan seperti tidak ada 
campuran lelaki dan perempuan dalam satu kawasan.

"Kalau mahu mengundang artis perempuan kita benarkan di dalam dewan yang 
ditontoni oleh kaum wanita sahaja, manakala bagi artis lelaki, semua penonton 
lelaki dan perempuan boleh menyasikannya dengan syarat duduk secara 
berasingan," katanya.

Takiyuddin berkata undang-undang sebelum ini, iaitu Enakman Hiburan dan 
Panggung Wayang, tidak menyatakan dengan jelas tentang percampuran antara 
lelaki dan perempuan dalam sesuatu persembahan kebudayaan.

"Pindaan yang dibuat pada 1998 bertujuan untuk mengawal persembahan kebudayaan 
dan hiburan sejajar dengan falsafah Islam," katanya.

Takiyuddin berkata Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra dijangka merasmikan 
majlis pengisytiharan itu.//Bernama



                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke