KOTA BHARU: Suasana di luar Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kecoh apabila
seorang ahli perniagaan yang dituduh cuba membunuh seorang pegawai Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ), mengeluarkan perkataan kesat dan menggugut seorang
Timbalan Pendakwa Raya.
Tertuduh, Abd Razak Mohammad, 37, mengeluarkan perkataan kesat terhadap
Timbalan Pendakwa Raya, P L Cheah sejurus selepas mahkamah selesai bersidang.
Abd Razak juga berkata: ‘Don’t play smart' (Jangan tunjuk pandai) ketika lalu
di hadapan Cheah di luar Mahkamah Sesyen 3, di sini dan ia turut didengari
beberapa orang, termasuk wartawan yang membuat liputan kes itu.
Terdahulu, tertuduh tidak mengaku salah atas dakwaan cuba membunuh Penolong
Pegawai Penguat Kuasa JPJ, Maimun Mohamad, 39, dengan melanggarnya sehingga
menyebabkan kecederaan ke atasnya menggunakan kereta Nissan Sentra bernombor
pendaftaran TAJ 4309 di Kampung Bendang, Selising, Pasir Puteh, kira-kira jam
10 pagi pada 15 Ogos lalu.
Dia yang berasal dari Kuala Terengganu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun
Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.
Cheah memohon supaya tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan jika dibenarkan,
pihaknya memohon mahkamah menawarkan jaminan RM15,000 dengan dua penjamin dan
menyimpan dokumen perjalanannya.
Abd Razak bagaimanapun, memohon supaya dibenarkan ikat jamin dan berjanji akan
hadir di mahkamah ketika prosiding dijalankan.
"Keluarga saya tengah mencari duit tambahan membayar jamin kerana pagi tadi
saya dituduh atas kesalahan lain di Pasir Puteh dan memerlukan jaminan
RM5,000," katanya.
Sebelum itu, Abd Razak turut mempertikaikan pertuduhan terhadapnya dengan
mendakwa ia bukan cubaan membunuh tetapi kemalangan kerana beliau hilang
kawalan terhadap kereta yang dipandu selaju 100 kilometer sejam di jalan tanpa
tar di kawasan kebun getah.
"Saya dikejar penguat kuasa JPJ, kenderaan terbabit menghadang kereta yang
dipandu dari arah bertentangan. Mana mungkin saya berhenti tepat di jalan yang
tidak berturap," katanya.
Hakim, Che Zulkifly Jusoh membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM10,000
dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 September ini sebagai tarikh sebutan
semula. Dia membayar wang jaminan berkenaan.
Terdahulu di Mahkamah Majistret Pasir Puteh, Abd Razak tidak mengaku salah atas
dua tuduhan memiliki dadah di Balai Polis Selising, Pasir Puteh, pada tarikh
sama kira-kira jam 12.50 petang.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor, Ganti Jimmy di hadapan
Majistret Mohd Sabri Ismail.
Mohd Sabri kemudian menetapkan 16 Oktober sebagai tarikh sebutan semula bagi
mendapatkan laporan kimia.//Bha
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/