KOTA BHARU, 29 Ogos - Pihak pengurusan hospital di negeri ini diminta turut
berperanan membantu pesakit dalam soal ibadat terutamanya solat ketika mereka
mendapat rawatan lanjut di wad.
Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Kelantan, Ustaz Muhammad Mustapha berkata, perhatian serius dalam soal ibadat
penting kepada pesakit bagi membolehkan mereka tenang menghadapi ujian daripada
Allah.
“Masyarakat sering menggunakan pendekatan yang salah terhadap pesakit apabila
bertanya soal makan minum ketika menziarahi mereka di wad. Sepatutnya soal
solat lebih diutamakan kerana ia merupakan tuntutan wajib dilakukan, biar dalam
keadaan mana sekali pun.
"Tak boleh berdiri, duduk, tak boleh duduk, baring, tak boleh dengan baring
guna isyarat mata, selagi otak kita waras, selagi itu ibadat ini menjadi
kewajipan ke atas kita," ujarnya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di
perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, baru-baru ini.
Kata beliau selagi masyarakat tidak memandang serius soal ibadat, pesakit
tentunya akan mengambil mudah perkara itu, biar pun ibadat adalah hak individu.
Sebaliknya kata beliau, masyarakat sekarang apabila menziarahi orang sakit
asyik bertanya soal makan minum, sedangkan amal ibadat tidak diberi perhatian.
Oleh itu, bersesuaian dengan bulan Rejab sekarang iaitu bulan yang diturunkan
ibadat sembahyang, semua pihak hendaklah memainkan peranan dengan lebih
berkesan.
Tambahnya, kerajaan negeri juga sejak kira-kira 15 tahun lalu membelanjakan
lebih RM100,000 setiap tahun bagi menganjurkan program kempen Bulan Sembahyang
bagi memberi kesedaran tentang pentingnya ibadat solat.//hrkh
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/