KOTA BHARU, 29 Ogos - Kerajaan negeri telah menyenaraikan 10 produk keluaran 
usahawan tempatan untuk dieksport ke luar negara tidak lama lagi, kata 
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia, Haji 
Zulkifli Mamat. 

Beliau berkata, produk terbabit sebahagian besarnya adalah makanan yang 
dibungkus atau ditinkan akan dieksport ke Singapura, China, Thailand, Indonesia 
serta beberapa negara lain bagi memenuhi permintaan umat Islam di negara 
terbabit. 
"Kerana itu kita mahu pengusaha tempatan sedaya mungkin memperbaiki tahap 
pengeluaran mereka bagi memenuhi citarasa pelanggan di luar negara," ujarnya di 
sini. 
Menurut beliau dalam masa terdekat ini, kerajaan negeri akan menyertai pameran 
produk halal di Singapura yang akan berlangsung selama empat hari bermula 8 
September ini. Selain itu, delegasi perdagangan ke China juga diadakan 
pertengahan September. 
Katanya, usahawan dari Kelantan akan mengambil peluang untuk mempamerkan 
barangan keluaran tempatan sempena program terbabit. 
Zulkifli juga berkata, kerajaan negeri memberi perhatian serius bagi 
memperkembangkan industri kecil dan sederhana (IKS), di mana setakat ini 
sebanyak RM1 juta disumbangkan kepada pengusaha terbabit tanpa perlu dibayar 
balik. 
"Peruntukan agak besar diberi membuktikan kerajaan negeri mengambil berat 
bidang keusahawanan terutamanya bagi mencapai matlamat pengeluaran 10 produk 
berasaskan IKS menjelang 2006," katanya.//hrkh


                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke