KOTA BHARU, 29 Ogos Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Kelantan turut sama menzahirkan semangat patriotik melalui program Konvoi Bermotor Kembara Merdeka 2005 yang diadakan, baru-baru ini.
Seramai 48 pegawai cawangan dan sukarelawan PBSM Kelantan bermotosikal bermula di perkarangan ibu pejabat PBSM, Rumah Amal Tengku Muhammad Faris Petra Jalan Mahmood dekat sini, jam 7 pagi. Konvoi itu yang turut mengibarkan Jalur Gemilang melalui bandar Bachok, Tok Bali, Kuala Besut, Kampung Raja, Merang dan berakhir di Kuala Terengganu dan berpatah balik pada hari yang sama. Setiausaha Kehormat PBSM Kelantan, Haji Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan menjalin rasa kasih sayang dan kecintaan kepada keamanan negara. Selain membantu kerajaan untuk menyemarakan lagi sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang, program itu juga dapat melahirkan anggota PBSM yang mempunyai jati diri dan kental sesuai dengan semangat jiwa merdeka, katanya di sini. Sementara itu, dalam perkembangan lain, himpunan perdana Pemuda PAS Kelantan akan diadakan di Dewan Majlis Machang pada 9 Setember, yang dijangka membabitkan seramai 2,000 pemuda dari seluruh negeri. Ia akan dirasmikan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ridha Mohd Zain berkata, program tersebut diadakan bertujuan menggerak dan memantapkan gerak kerja pemuda di negeri ini. Program sehari itu akan bermula jam 8.30 pagi dan penutupnya bakal disempurnakan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, katanya. Program terbabit akan diisi dengan ucapan setiap ketua pemuda PAS kawasan, ikrar Pemuda PAS negeri, deklamasi sajak dan diakhiri penyerahan resolusi kepada Pesuruhjaya Negeri.//hrkh __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
