KOTA BAHARU, 29 Ogos -- Satu rekahan panjang pada bahagian dinding dan lantai
dikesan di tingkat pertama bangunan KB Mall di sini, mengakibatkan timbul
keraguan di kalangan pengunjung pusat membeli belah itu tentang tahap
keselamatan bangunan.
Bangunan empat tingkat KB Mall itu merupakan salah satu daripada pusat membeli
belah yang terkenal di sini yang menjadi tumpuan ramai, dan ia merupakan fasa
pertama projek usahasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)
dengan sebuah syarikat tempatan.
Seorang pengunjung yang ditemui Mohd Nazir Yusoh, 43, berkata rekahan pada
bangunan itu dikhuatiri boleh mengancam orang ramai yang berkunjung ke bangunan
berkenaan.
"Saya bimbang juga melihat keadaan itu tetapi nampaknya tiada tindakan diambil
pihak pengurusan bagi menanganinya," katanya ketika ditemui di bangunan
berkenaan.
Tinjauan Bernama mendapati rekahan seluas antara satu dan dua sentimeter itu
dapat dilihat dengan jelas berdekatan dengan Lot 1.17 di tingkat satu bangunan
berkenaan.
KB Mall menjadi pilihan ramai pengunjung kerana lokasinya yang strategik, iaitu
di persimpangan jalan masuk utama ke pusat bandar, dan ia telah mula beroperasi
sejak tahun lepas.//Bernama
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/