JELI, 30 Ogos -- Penduduk di 10 buah kampung di jajahan Jeli hilang mata 
pencarian kerana tidak dapat ke kebun masing-masing akibat ancaman harimau dan 
gajah liar.

Ancaman itu bermula dua minggu lepas apabila sekumpulan lima hingga tujuh ekor 
gajah memusnahkan tanaman buah-buahan mereka tetapi apa yang benar-benar 
menakutkan mereka ialah kematian seorang penduduk, Rokiah Latif, 45, akibat 
dibaham harimau di kebun getahnya Jumaat lepas.

Ketua Penyelia Pembangunan Mukim, Air Lanas, Shamsuddin Ismail, berkata 
penduduk kampung yang terlibat adalah dari Pasir Dusun, Berdang, Seberang 
Belakah, Sungai Tia, Sungai Mekong dan Sungai Rual yang terletak tujuh hingga 
12 kilometer dari bandar Jeli.

Isnin, Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Sazmi 
Miah meminta penduduk di kawasan berkenaan supaya tidak ke kebun masing-masing 
buat sementara waktu ini kerana harimau masih berkeliaran di kawasan berkenaan.

Katanya mereka perlu menunggu sehingga Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan 
Taman Negara (Perhilitan) dapat memerangkap harimau yang membaham Rokiah.

Ancaman gajah yang terbaru berlaku hari Isnin apabila lima pokok dokong milik 
Shamsuddin sendiri ditumbangkan oleh sekumpulan haiwan itu yang memakan buah 
dokong yang sudah masak.

Shamsuddin merayu agar kerajaan dapat membantu pekebun terbabit bagi 
meringankan beban terutama dalam menanggung belanja persekolahan anak-anak 
mereka.

Beliau juga mencadangkan sekiranya Perhilitan gagal menangani ancaman harimau 
dan gajah itu, tugas itu hendaklah diserahkan kepada tentera atau polis.

"Semakin lama dibiarkan kemungkinan ramai lagi yang akan menjadi mangsa harimau 
ganas yang banyak di kawasan itu," kata Shamsuddin.

Seorang pekebun, Daud Mohamad, 40, menyokong saranan agar kerajaan menghulurkan 
bantuan kerana penduduk di situ tidak mempunyai pekerjaan lain selain menoreh 
getah dan memungut hasil dusun bagi menyara keluarga.

"Pak cik sekarang bergantung kepada duit simpanan hasil mengambil upah menebas 
kebun getah tetapi wang itu hampir habis," katanya.//Bernama


                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke