PASIR PUTEH, 1 Sept -- Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera parah
setelah terlibat dalam pergaduhan dipercayai menggunakan senjata tajam di
sebuah rumah di Kampung Banggol Kerian di sini Rabu malam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Supt Shafie Ismail berkata
mangsa yang terbunuh ialah Rodzi Mohamad, 29, manakala yang cedera adalah
Roshamadi Mohamad, 25, dan Rozmi Yusuff, 25.
Siasatan awal polis mendapati pergaduhan itu berlaku akibat perselisihan faham,
katanya kepada Bernama di sini hari Khamis.
Beliau berkata pergaduhan itu, yang berlaku kira-kira pukul 9 malam, melibatkan
penggunaan beberapa senjata tajam berdasarkan kecederaan serius di kepala dan
tubuh mangsa yang terbunuh serta kecederaan dua lagi lelaki.
Katanya suspek utama dalam kes itu ditahan setengah jam kemudian hasil maklumat
penduduk kampung dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Shafie berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu
diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh untuk membantu
siasatan di talian 09-7867222.
Sementara itu, seorang saksi Zanariah Che Yusuff, 33, berkata ketika kejadian
beliau sedang mencuci kain di dapur rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi
pergaduhan.
Seorang anaknya berusia empat tahun berada di ruang tamu rumah, tempat kejadian
berlaku, dan beliau segera melarikan anaknya itu, katanya.//Bernama
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/