KOTA BAHARU, 1 Sept -- Polis Kelantan meningkatkan kawalan keselamatan dan 
rondaan di semua pintu masuk sempadan bagi mengelakkan lebih ramai warga 
Thailand memasuki negara ini.

Ketua Polis Kelantan, SAC I Zulkifli Abdullah berkata sejak mengesan aktiviti 
kemasukan rakyat negara jiran itu dua hari lalu, pihak polis memperketatkan 
kawalan di semua pintu masuk termasuk di pangkalan-pangkalan haram.

"Kawalan keselamatan di sempadan sudah sedia ada tetapi kini kita pertingkatkan 
dan perketatkan lagi dengan anggota yang bertugas secara bergilir-gilir.

"Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerak Am (PGA) juga menjalankan rondaan lebih 
kerap bagi memastikan keselamatan perairan negara," katanya kepada pemberita, 
di sini, hari Khamis.

Seramai 131 warga Thailand yang dipercayai tidak mempunyai dokumen pengenalan 
diri dan tanpa dokumen perjalanan sah masuk ke negara ini berikutan kebimbangan 
atas keselamatan di wilayah asal mereka. Ramai penduduk di wilayah selatan itu 
mula khuatir dengan operasi pihak tentera dan juga kejadian letupan bom sejak 
kebelakangan ini.

Polis mendapat maklumat mengenai kehadiran 69 daripada mereka yang terdiri 
daripada 44 lelaki yang berumur antara 20 hingga 65 tahun, sembilan wanita 
dewasa yang berumur antara 23 dan 40 tahun dan kanak-kanak di masjid Pengkalan 
Kubor, Tumpat pada 30 Ogos 8.30 malam.

Seramai 62 orang lagi yang terdiri daripada 20 lelaki berumur 16 hingga 62 
tahun, 15 wanita dewasa berumur 16 hingga 40 tahun dan kanak-kanak berkumpul di 
masjid Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang.

Sementara itu, Pegawai Pemerintah Polis Marin Pengkalan Kubor DSP Ahmad Abu 
Bakar berkata pihaknya menjalankan kawalan 24 jam di sepanjang Sungai Golok 
dari Kuala Tak Bai ke Pangkalan Kubang Pak Itam.

"Sebanyak empat bot bersama 16 pegawai dan anggota polis marin bergilir-gilir 
menjalankan rondaan di perairan sempadan.

"Tumpuan utama adalah bot dari negara jiran yang menyeberang masuk ke perairan 
Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama.//Bernama


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke