KOTA BHARU : 31 Ogos - Seramai 4,760 peserta membabitkan 136 kontinjen di 
negeri ini mengambil bahagian dalam perbarisan dan perarakan sempena sambutan 
Hari Kemerdekaan ke-48 peringkat negeri ini, di sini, semalam. 

Kontinjen berkenaan membabitkan pelbagai jabatan dan agensi serta badan 
berkanun negeri dan persekutuan.

Program sambutan itu bermula jam 8 pagi dengan majlis pembacaan ikrar oleh 
empat wakil kaum etnik seperti Melayu, Cina, India dan masyarakat keturunan 
Siam, deklamasi puisi dan laungan Merdeka.

Kira-kira jam 8.30 pagi, perbarisan oleh kontinjen bermula dengan berarak masuk 
ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini melalui pentas utama di Jalan Mahmood 
menuju ke Jalan Pengkalan Chepa sebelum menamatkannya di stadium berkenaan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tiba jam 8 pagi 
mengetuai barisan pemimpin negeri menerima tabik hormat daripada peserta 
kontinjen.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Setiausaha Kerajaan 
negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dan exco kerajaan negeri serta pegawai kanan 
kerajaan negeri dan persekutuan.

Orang ramai mula memenuhi Jalan Mahmood, dekat sini, kira-kira jam 7.30 pagi 
bagi menyaksikan secara dekat perbarisan sempena sambutan kemerdekaan peringkat 
negeri ini.

Sambutan itu turut dimeriahkan dengan perarakan membabitkan pelbagai kenderaan 
jabatan dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis 
Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Kota Bharu 
(MPKB), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ikatan Relawan Rakyat (Rela).

Selain itu, kira-kira 30 buah motosikal mini serta 25 motosikal dari Kelab 
Jaguh Kelantan selain kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Daerah 
Machang, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Majlis Daerah Kota 
Bharu (MDKB), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri.

Sementara itu, kontinjen terbaik keseluruhan pada perbarisan dan perarakan 
sempena sambutan itu dimenangi oleh Jabatan Perhutanan negeri, manakala pakaian 
terbaik disandang MPKB. //HM

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke