Isu 131 warga Thailand diserah kepada Pusat
KOTA BHARU 1 Sept. - Kerajaan negeri menyerahkan kepada Kerajaan Pusat untuk 
mengambil tindakan bersesuaian terhadap 131 penduduk selatan Thailand yang 
memasuki negara ini bagi menyelamatkan diri daripada keganasan tentera itu.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri tidak mahu 
mencampuri isu tersebut memandangkan ia adalah masalah politik membabitkan 
hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

``Kerajaan negeri menyokong apa sahaja tindakan Kerajaan Pusat kerana ia adalah 
masalah Bangkok dengan Kuala Lumpur, jadi saya tidak mahu buat kenyataan,'' 
katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan penduduk Thailand yang menyeberangi sempadan 
secara berperingkat-peringkat kelmarin melalui pangkalan haram di Rantau 
Panjang, Pasir Mas sebanyak 62 orang dan 69 orang lagi melalui Pengkalan Kubor, 
Tumpat.

Jumlah itu dijangka meningkat berdasarkan maklumat terdapat lebih 1,000 lagi 
penduduk Islam menunggu masa untuk melarikan diri ke negara ini pada bila-bila 
masa jika operasi ketenteraan yang didakwa menggunakan kekerasan itu, 
berterusan.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau menasihatkan rakyat Kelantan supaya membantu 
penduduk selatan Thailand yang melarikan diri daripada keganasan pihak tentera 
atas dasar kemanusiaan.

``Saya nasihat kepada orang tempatan, supaya bersimpati terhadap mereka atas 
dasar tetamu dan sebagai keluarga serumpun dan satu agama,'' ujarnya.//UM


perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

KOTA BHARU, 1 Sept – Kerajaan Kelantan hari ini menyerah kepada kerajaan 
Persekutuan bagi menyelesaikan isu warga Thailand yang datang bagi mencari 
perlindungan di negeri ini. 

Sumber Pejabat Menteri Besar berkata, isu tersebut terletak di bawah bidang 
kuasa kerajaan Pusat kerana ia membabitkan hubungan dua negara berjiran. 

“Sebarang pendirian mengenai isu tersebut hendaklah dirujuk kepada Kuala 
Lumpur,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Media tempatan hari ini melaporkan seramai 131 penduduk Islam yang berumur 
antara 65 dan bawah enam tahun dari Selatan Thailand melarikan diri ke negeri 
ini melalui Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang. 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke