TANAH MERAH, 6 Sept -- Mayat dua pelajar Sekolah Kebangsaan Belimbing di sini
yang hilang di Sungai Kelantan petang Isnin ditemui oleh penduduk Kampung pada
pagi ini.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Ariff Yusoff, berkata
mayat Mohd Aswadi Sukarno, 12, dijumpai tersangkut pada pukat kira-kira 300
meter dari tempat kejadian pada pukul 8 pagi manakala Tasuin Salleh, 11,
dijumpai pada pukul 9.15 pagi kira-kira 10 meter dari tempat kejadian.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat,
katanya kepada Bernama di sini.
Kedua-dua mangsa yang juga sepupu bersama lima rakan yang lain ke sungai
berkenaan semasa air surut untuk mencari etak dalam kejadian pada pukul 5
petang semalam dan dipercayai tergelincir ke dalam lopak yang terbentuk akibat
aktiviti menyedut pasir sungai.
Arif berkata, gerakan mencari mangsa dilakukan dengan kerjasama penduduk
kampung, polis dan lapan anggota unit skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota
Baharu dari petang semalam hingga pagi tadi.
Menurut seorang saksi Mohd Faris Musa, 9, Mohd Aswadi tiba-tiba tergelincir dan
terjatuh kedalam air yang dalam dan ketika itu Mohd Tasuin cuba menolong
sebelum kedua-duanya tenggelam.
"Saya pergi minta bantuan daripada penduduk kampung dan apabila tiba semula di
tempat kejadian, kedua-dua mangsa sudah tenggelam," katanya.
Beliau kesal dengan kejadian itu dan berkata tidak akan bermain lagi di kawasan
sungai itu.
Sementara itu, Anggota Parlimen Tanah Merah Ir Saari Hussein yang melawat
tempat kejadian meminta ibu bapa mengawasi anak-anak mereka supaya tidak ke
sungai itu kerana terdapat kegiatan menyedut pasir sungai di kawasan itu.
Katanya, bantuan segera termasuk dua pasang kain putih dihadiahkan kepada
keluarga mangsa.//Bernama
---------------------------------
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/