KUALA KRAI, 6 Sept.: Bekas anggota Dewan Undangan Negeri Guchil, Kuala Krai, Wan Hassan Wan Yusof, 56 kembali ke rahmatullah pada jam 2 petang Ahad lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab 11.
Allahyarham dirawat di hospital tersebut kerana mengidap penyakit kencing manis dan masalah jantung. Beliau meninggalkan dua orang balu, Siti Zabedah Syed Mubarak dan Natrah Abdul Rahman, 11 anak serta seorang cucu. Siti Zabedah ketika dihubungi berkata, beliau serta madunya, Natrah di samping kesemua anak berada di sisi, sewaktu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir. "Beberapa hari sebelum itu, arwah telah berpesan supaya menyampaikan salamnya kepada semua rakan-rakan serta kenalannya," ujar beliau. Menurutnya, arwah Wan Hassan telah lama menderita sakit kencing manis sejak tahun 1982 lagi. Katanya, saat-saat akhir sebelum kematian beliau mengidap penyakit buah pinggang dan pendarahan usus. Jenazah Allahyarham dikebumikan pada malam itu juga, selepas solat Maghrib. Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat sejak arwah dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab 11 pada 25 Ogos lalu. Pemimpin parti dan kerajaan menziarahi jenazah Allahyarham termasuk anggota Exco, ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman, Penyelia DUN Pengkalan Kubur, Ustaz Wan Mohd Jamil Mahmood dan Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim. Siti Zabedah turut merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama yang diberi semua pihak kepada arwah suaminya sejak awal sehingga beliau meninggal dunia. "Terima kasih banyaklah pada mereka yang sering bertanya khabar, tidak jemu menziarahi sama ada di hospital atau di rumah, ujarnya.//hrkh __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
