KOTA BHARU, 6 Sept Dijangka lebih 30,000 penduduk tempatan akan membanjiri Stadium Sultan Muhammad Ke-1V bagi menyaksikan detik bersejarah perisytiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) Bandar Raya Islam pada 1 Oktober depan.
Majlis perisytiharan berkenaan akan disempurnakan Sultan Kelantan kira-kira jam 9 malam. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Negeri, Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi mempromosikan serta menganjurkan pelbagai program menarik sempena pengisytiharan tersebut. Katanya, bagi menghebahkan majlis berkenaan Jawatankuasa Publisiti membuat hebahan kepada umum melalui siaran di radio iaitu Thr.fm dan Manis fm. "Kita juga bercadang menyertai program Malaysia Hari Ini (MHI) untuk memberi pendedahan berhubung perisytiharan berkenaan," ujarnya pada sidang media di sini, hari ini. Katanya pelbagai program sempena perisytiharan telah diatur khusus, di mana ia bermula sejak 15 September ini iaitu Gerakan Penghijauan Bumi dan Pemuliharaan Alam Sekitar. Pada 16 September, Larian Kemerdekaan Kota Bharu Bandar Raya Islam, Pertandingan Bahas antara sekolah (18 hingga 25 September). Kejohanan Sepaktakraw MPKB Bandar Raya Islam (20 hingga 23 September), Gerakan Bulan Membaca dan Perasmian Medan Ilmu (22 hingga 24 September) dan Forum Perdana (22 September). Persembahan Kebudayaan dan Kesenian (22 hingga 28 September), Kuliah Khas oleh Menteri Besar (23 September), Ekspo Dagangan Bandar Raya Islam (24 September hingga 4 Oktober). Takiyuddin juga berkata, seminar tulisan jawi, hari kesihatan awam, gotong royong perdana, pameran tamadun Islam dan sejarah Kota Bharu masing-masing diadakan pada 26, 27, 28 dan 29 September. Pada 30 September pula akan diadakan pertunjukkan sukan berkuda dan khutbah khas Jumaat, manakala pada 1 Oktober pula diadakan senam robik dan himpunan kereta antik volkswagen. "Pada 1 Oktober sebelah malamnya pula adalah kemuncak pada perisytiharan Kota Bharu Bandar Raya Islam. Selain Mawi, kita juga turut mengundang seorang artis Ramli Sarip, Halim Yazid dan kumpulan Rabbani," ujarnya.//hrkh __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
