Tuanku Ismail Petra buat gesaan ketika menyerpunakan penamaan semula HKB kepada 
Hospital Raja Perempuan Zainab II 
 
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra menyempurnakan penamaan semula 
Hospital Kota Bharu (HKB) kepada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di 
sini.

Baginda juga mencadangkan supaya beberapa sistem baru bagi penyakit kronik 
diberi perhatian untuk pesakit buah pinggang dan rawatan jantung iaitu 
pembedahan pintasan jantung.

“Beta difahamkan peralatan itu pada masa ini hanya terdapat di Hospital Pulau 
Pinang.

“Adalah mustahak peralatan seumpama itu disediakan di sini untuk mereka yang 
memerlukan rawatan kecemasan serta dari sekitar Pantai Timur," titahnya pada 
majlis penamaan semula itu.

Hadir sama Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid; anakanda 
baginda, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra; Tengku Ampuan 
Mahkota Kelantan, Tengku Zubaidah Tengku Norudini; Menteri Besar, Datuk Nik 
Abdul Aziz Nik Mat dan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Ahmad Razin 
Ahmad Mahir.

Titahnya, segala usaha harus disusuli kesedaran di kalangan warga hospital 
bahawa bekerja adalah satu ibadah serta amanah Allah yang dituntut untuk 
dilaksanakan dengan ikhlas di samping tanggungjawab profesional.

"Beta bangga di atas kegigihan dan komitmen tinggi Kementerian Kesihatan serta 
kakitangan HRPZII dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan seluruh 
rakyat yang memerlukan rawatan," titahnya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Soi Lek berkata, Kelantan akan 
menerima peruntukan RM895 juta menerusi Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK-9) 
bagi melaksanakan empat projek kesihatan termasuk pembinaan hospital baru di 
Gua Musang dan Bachok.

Beliau berkata, jumlah itu turut diperuntukkan bagi melaksanakan program 
pendidikan kesihatan, menaik taraf hospital dan latihan serta meningkatkan 
perkhidmatan kesihatan kepada pelanggan.

"Kementerian juga meluluskan peruntukan khas kepada Jabatan Kesihatan Kelantan 
sebanyak RM6.3 juta bagi program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekitar 
(Bakas).

"Peruntukan itu sebagai memenuhi permohonan Jabatan Kesihatan negeri bagi 
mengatasi masalah penyakit bawaan air dan makanan yang menjadi endemik di 
negeri ini," katanya.

Selain itu, sebanyak 2,300 rumah di seluruh negeri juga akan mendapat bekalan 
air bersih, 1,270 rumah mendapat kemudahan tandas dan 1,000 rumah lagi rumah 
menerima kemudahan sistem air limbah.//Bha 7 Sept


                
---------------------------------
 Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke