KOTA BHARU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) 
Kelantan masih gagal mengesan harimau yang dipercayai membaham seorang penoreh 
getah dari Kampung Pasir Dusun, Jeli, 26 Ogos lalu.

Ketua Unit Pengurusan Perhilitan negeri, Mohamad Ismail, berkata pihaknya yakin 
kesan tapak kaki harimau di tempat kejadian itu pudar disebabkan hujan serta 
tapak manusia yang melalui tempat kejadian itu.

Beliau berkata, akibat hujan sejak dua hari lalu pihaknya sukar mengesan laluan 
harimau itu berdasarkan kesan tapak kaki harimau.

"Sepasukan pegawai Perhilitan diketuai Azry Supailim membuat pemantauan di 
kawasan tempat berlakunya insiden itu, tetapi mendapati kesan tapak harimau itu 
hilang dan sukar dikesan, mungkin disebabkan hujan," katanya di sini, semalam.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan, Rokiah Latif, 45, mati selepas dibaham 
harimau itu ketika menoreh getah di kebunnya, 26 Ogos lalu.

Cebisan mayat mangsa ditemui penduduk kampung yang melancarkan gerakan mencari 
selepas Rokiah dilaporkan hilang.

Sehubungan itu, kata Mohamad, pihaknya menasihatkan penduduk khasnya penoreh 
getah di kawasan terbabit tidak keluar bersendirian kerana khuatir terserempak 
dengan haiwan liar itu.

Katanya, sebelum ini pihaknya sudah memasang tiga perangkap di tiga lokasi 
berhampiran tempat kejadian, bagaimanapun, dikhuatiri haiwan itu tidak memasuki 
perangkap.

"Oleh itu, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, penduduk 
dinasihatkan mengelak daripada memasuki kawasan itu.

"Kita percaya harimau itu masih bebas bergerak secara bersendirian dan 
dipercayai memasuki kawasan hutan berhampiran menyebabkan kami gagal 
mengesannya," katanya.

Berikutan itu, Jabatan Perhilitan menempatkan lapan anggota renjernya bagi 
pemantauan pergerakan harimau terbabit.

"Berdasarkan kesan tapak harimau, harimau itu dianggarkan berusia lingkungan 
tiga hingga empat tahun, tetapi tidak dapat dipastikan jantinanya," 
katanya.//Bha 8 Sept




                
---------------------------------
 Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke