TANAH MERAH, 7 Sept (Hrkh) – Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 
DatoÂ’ Azizah Mohd Dun menjelaskan kerajaan Kelantan memberi kerjasama yang 
cukup baik terhadap sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini. 

“Ini dapat dilihat dengan komitmen dan kerjasama baik yang ditunjukkan terhadap 
setiap program yang diatur pihak kementerian termasuk kempen penanaman pokok 
bunga raya, sebagai bunga kebangsaan. 
“Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Kementerian Perumahan dan 
Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Lanskap Negara bagi memeriahkan sambutan 
perayaan Bulan Kemerdekaan tahun ini,” katanya ketika merasmikan pelancaran 
kempen penanaman pokok bunga raya, di sini petang semalam. 
Turut hadir anggota Exco, Takiyuddin Hassan, Senator Siti Zailah Yusof, ahli 
Parlimen Tanah Merah, Ir Shaari Hassan, Adun Kadok, Haji Hohd Shukri Abdul 
Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), DatoÂ’ Md Yusuf Noh, 
Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah, Haji Mohd Azamli Jamaluddin dan 
Penyelia DUN Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustafa. 
Takiyuddin berkata, kerajaan negeri mengatur pelbagai program khusus bagi 
memeriahkan sambutan perayaan Bulan Kemerdekaan tahun ini. 
“Melalui potfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan telah diatur 
beberapa program antaranya larian kemerdekaan, gotong royong dan kempen menanam 
pokok bunga raya di beberapa pihak berkuasa tempatan. 
“Selain itu turut diadakan kempen pengibaran Jalur Gemilang di premis-premis 
perniagaan, bangunan-bangunan kerajaan dan persendirian, menghiasi pintu-pintu 
gerbang serta memasang lampu-lampu beraneka warga pada waktu malam,” ujarnya. 
Oleh itu beliau berkata, kerajaan negeri merakam ucapan terima kasih kepada 
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana memilih Kelantan bagi 
melancarkan Kempen Penanaman Pokok Bunga Raya tahun ini. 
Menurutnya, bagi menjayakan kempen tersebut sebanyak 1,000 pokok bunga raya 
merah akan ditanam di sekitar bandar Tanah Merah dan 3,000 pokok akan ditanam 
di kawasan bandar Kota Bharu. 
Kata beliau Islam menganggap kepelbagaian perbezaan seperti perbezaan kaum, 
politik dan kumpulan adalah untuk saling kenal mengenali dan akhirnya dapat 
mewujudkan perpaduan dalam masyarakat. 
“Begitu juga kewujudan pelbagai parti politik merupakan sesuatu yang amat sihat 
bagi sebuah negara terutamanya yang mengamalkan sistem demokrasi. Jangan 
jadikan perbezaan fahaman politik menyebabkan kita tidak boleh bersama dan 
berlaku adil kepada rakyat,” ujarnya. 
Beliau berkata, kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi sepatutnya bersikap 
adil dan saksama terhadap semua kerajaan negeri bagi menyalurkan peruntukan dan 
bantuan biar pun diperintah parti lain. 
Menurut Mohd Azamli kempen itu diharap akan dapat menyemaikan semangat 
kesetiaan dan sikap tanggungjawab semua anggota masyarakat. Pelbagai acara 
diadakan sempena program berkenaan termasuk pertandingan gubahan bunga, kain, 
masakan moden dan taradisional, acara sukan rakyat dan persembahan dikir 
barat.//hrkh



                
---------------------------------
 Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke