KOTA BHARU: Kira-kira 260,000 pengguna di negeri ini dikesan tidak membayar bil 
elektrik dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan Tenaga Nasional Berhad 
(TNB).

Pengurus Perkhidmatan Pengguna dan Pemasaran TNB Kelantan, Abd Azis Mat Jelani, 
berkata jumlah pengguna yang mengingkari peraturan itu adalah sebahagian 
daripada 315,000 pengguna elektrik domestik di seluruh negeri.

Beliau berkata, berikutan tindakan pengguna terbabit, TNB mengalami tunggakan 
hutang bil elektrik yang gagal dijelaskan pengguna mengikut tempoh yang 
ditetapkan mencapai RM14 juta.

"Berikutan itu, kita minta pengguna membayar bil mengikut jadual ditetapkan 
bagi mengelak kemungkinan bekalan elektrik ke premis mereka dipotong atau 
dihentikan perkhidmatan.

"Mengikut peraturan, pengguna perlu menjelaskan bayaran dalam tempoh 30 hari 
selepas menerima bil setiap bulan. Bagaimanapun, setakat ini kita tidak 
bertindak tegas terhadap mereka, kerana lebih mementingkan usaha mendidik 
supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Kita tidak mahu bertindak tegas terhadap pengguna yang terbabit, tetapi jika 
keadaan terdesak, kita akan berbuat demikian," katanya ketika ditemui di Wisma 
TNB di sini, semalam.

Beliau kesal sikap segelintir pengguna yang tidak prihatin sehingga menyebabkan 
tunggakan yang akhirnya , membebankan diri sendiri.

"Walaupun kami tidak bertindak tegas dan bertolak ansur terhadap pengguna, 
mereka tidak harus mengambil kesempatan kerana menjelaskan bayaran bil menjadi 
tanggungjawab mereka," katanya.

Ditanya mengenai ada sesetengah pengguna elektrik domestik di kawasan sempadan 
yang bertindak ganas terhadap kakitangan TNB ketika memotong bekalan elektrik 
kerana gagal menjelaskan bayaran mengikut tempoh ditetapkan, Ab Azis berkata, 
perbuatan itu tidak begitu serius ketika ini.//Bha 8 Sept


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke